Kenapa Kaka Meninggalkan AC Milan?
Sepertimana kata-kata Kaka ” Saya tidak mahu meninggalkan Milan tetapi Saya akan memenangi banyak kejuaraan di Real Madrid”. Jelas sekali apa yang diimpikan oleh perancang tengah dari Brazil ini ialah kejuaraan-kejuaraan yang berprestij.
Jika dia berpindah kerana wang rasanya dari awal lagi dia telah ke Man City yang menawarkan bayaran gaji yang lumayan. Dengan perpindahan Kaka ke Real Madrid yang bernilai £62m menjadikan nilai perpindahan yang termahal memadamkan rekod perpindahan Zidanne ke Real Madrid.
Krisis kewangan dunia juga menjadikan penyebab kenapa Kaka meninggalkan Milan. Disebabkan kemerosotan ekonomi dunia ini Pasukan Milan mempunyai krisis kewangan yang agak teruk. Jadi jalan terbaik untuk semua ialah dengan menjual Kaka dengan harga yang tinggi.
Kaka juga menolak untuk memakai jersi no 5, jersi yang dipakai oleh Zidane ketika berada di Real Madrid kerana dia merasakan tanggungjawab yang terlalu besar perlu dipikul oleh nya.
Wallpaper Kaka AC Milan Disini
Popularity: 3%
Related posts:
- Beckham Kekal Di AC Milan Sehingga Hujung Musim David Beckham akhirnya meneruskan perjuangan beliau dengan AC Milan apabila...
- Football Transfer News 2009 :Update Saturday, July 18 2009 Manchester City have finally completed the...
- Pasukan Yang Layak Untuk Ke Suku Akhir Liga Juara-Juara Pagi semalam 4 lagi perlawanan liga juara-juara berlangsung. Setelah Liverpool...




