Rasullullah Seorang yang Romantik dan Adil Kepada Semua Isteri Baginda | Selangor2u Blog
Diskusi

Bincang-bincang,Sembang-sembang,Merungkai Segala Persoalan.Semoga Bermanfaat

Internet & Teknologi

Perkongsian Mengenai Tip Berblog,Buat Duit Di Internet/Blog, SCAM Program dan Juga Isu Teknologi Semasa

Isu Cinta

Kisah-kisah cinta,tips untuk lelaki & wanita,dating tips, tips mengekalkan kasih sayang rumah tangga

Permotoran

Automotive News – news, reviews, motoring tips Includes cars, bikes, trucks

Picture/Wallpaper

Koleksi gambar-gambar menarik,pelik,seram dan pelbagai ragam dikongsi disini

Home » Tahukah Anda?

Rasullullah Seorang yang Romantik dan Adil Kepada Semua Isteri Baginda

Submitted by mazuki on 27/02/2009 – 8:08 AMNo Comment
Rasullullah Seorang yang Romantik dan Adil Kepada Semua Isteri Baginda
Submitted by mazuki on Friday, 27 February 2009No Comment | 754 views|
Share

MYmalaysian.com | Register | Login | Lost Password | Beriklan Percuma

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya.

Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi”. Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, “Saya akan beritahu kamu kemudian.” 

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin.

Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab “Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya”. Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing. 

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:

“Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka”. 

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka 

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga.

Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

Ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

“Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman… .” Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal ‘Alamin

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya 

“buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”


Be Our Readers, Subscribe by Email

Blog Widget by LinkWithin
SHARE THIS ARTICLE/POST:
  • Facebook
  • MySpace
  • Twitter
  • Technorati
  • Digg
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • Live
  • Yahoo! Buzz
  • Yahoo! Bookmarks
  • email
  • PDF
  • Print
  • RSS
· Tags: ,

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.


online counter | | Site Meter