Tarikh Penamaan Calon Dan Mengundi DUN Bagan Pinang Negeri Sembilan
Info pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang:
Tarikh penamaan calon: 3 Oktober 2009 (Sabtu)
Tarikh pengundian: 11 Oktober 2009 (Ahad)
Pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi: Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.
Tempat proses pengeluaran dan pengiraan undi: Bilik mesyuarat pejabat daerah Port Dickson.
Tarikh daftar pemilih dikemas kini: 4 September 2009
Jumlah pemilih berdaftar: 13,664 orang
Jumlah pemilih biasa: 9060 orang
Jumlah pemilih pos: 4604 orang
Pecahan pemilih mengikut kaum: Melayu – 8,577 orang (62.77 peratus), India – 2,834 orang (20.74 peratus), Cina – 1,498 orang (10.96 peratus) dan lain-lain – 755 orang (5.54 peratus)
Pecahan pemilih mengikut jantina: Lelaki – 7,912 orang (57.9 peratus) dan perempuan – 5,752 orang (42.10 peratus)
Jumlah pusat mengundi: 8 pusat melibatkan 8 sekolah
Jumlah saluran mengundi: 18 saluran
Pegawai Pengurus: Abdul Wahab Shamsuddin – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson
Jumlah petugas SPR: 275 orang
Sama-sama kita tunggu dan lihat “Siapa yang kena”







