Select Page

Datuk Abdul Malek Noor Bakal Tamatkan Zaman Bujang, Kahwin Doktor Pakar [+Video]

Datuk Abdul Malek Noor, 56, yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan, seorang doktor pakar pediatrik. Malek Noor merupakan pemenang 6 kali gelaran Mr Asia dalam acara bina badan.

Perkahwinan tersebut bakal diadakan di rumah keluarga perempuan di Kota Bharu, Kelantan, pada 12 Mac depan manakala majlis resepsi sehari selepas itu di Hotel Renaissance, Kota Bharu.

“Saya mengenalinya ketika menjadi duta produk kesihatan Go Cell di Kota Bharu apabila dia menawarkan saya beberapa produk penjagaan kesihatan. “Bermula saat itu kami sering berhubung melalui telefon untuk bertanyakan khabar pada setiap hari sehingga dia bertanyakan sama ada selesa atau tidak untuk berkawan,”

“Sejak itu, kami sering membahasakan dan memanggil diri dengan perkataan sayang menyebabkan saya selesa ketika bersamanya dan nekad untuk memperisterikannya,”

“Saya mempunyai ramai kenalan perempuan sebelum ini, tapi tiada seorang pun yang menawan hati. Saya tidak memilih kecantikan atau paras rupa, lebih penting sikap saling menghormati dan percaya antara satu sama lain bagi mewujudkan keserasian antara pasangan. “Dia memiliki segala aspek yang saya mahukan dan ini peluang terbaik untuk saya memenuhi kewajipan sebagai umat Islam,” –METRO

Sebelum ini mungkin anda pernah mengetahui cerita kisah benar dari mulut Malek Noor sendiri yang pada usia mudanya merupakan seorang yang tidak menghiraukan halal-haram dan tidak mengamalkan cara hidup islam yang sepatutnya.

Sebenarnya sudah bertahun cerita mengenai Malek Noor telahpun kembali ke pangkar jalan. Antara pertikan kata-kata Malek Noor :

“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,”

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,”

1 Comment

  1. adina

    Tahniah datuk malek noor

    Reply

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *