Buat Duit Dengan Associated Content
Sebenarnya telah lama untuk saya membuat perancangan untuk berkongsi teknik bagaimana untuk menjana pendapatan dengan Associated Content ini atau lebih mesra dengan Buat Duit AC. Namun begitu saya telah berkongsi dan berbincang terlebih dahulu di forum wangcyber dan sehingga harini topik itu masih mendapat sambutan yang menggalakkan. Saya kira segala perbincangan mengenai topik itu hampir lengkap sepenuhnya di thread tersebut.
Tetapi disebabkan kesukaran dan kemalasan untuk mencari gali dan membacanya dari mula thread yang panjang itu saya telah mengambil anisiatif sendiri untuk memulakan kembali membuat tutorial bagaimana membuat duit dengan associated content(AC) ini. Lagipon, ramai pengunjung ke blog ini datangnya dari google dengan keyword Buat Duit AC. Untuk tidak menghampakan pengunjung saya akan buat tutorial Step by Step buat duit Ac ni.
Walau janji saya untuk membuat step by step tutorial tetapi bukan la mengajar anda untuk menulis artikel dalam bahasa enggeris dan jauh sekali untuk mengajar anda mengenai grammar. Ini kerana bukan lah satu kepakaran saya untuk mengajar anda mengenai topik tersebut.
Apa yang saya cuba berikan ialah hanya teknik dan trick mengenai AC ini. Jika ini merupakan kali pertama anda mendengar mengenai AC atau Associated Content mungkin tidak anda ketahui bagaimana untuk menjana pendapatan melalui AC ini.
Tak Kenal Maka Tak Cinta.
Sedikit pengenalan dengan AC. Associated content ini sebenarnya memberi peluang kepada penulis untuk menulis artikel kepada mereka dan akan diberi bayaran mengikut kualiti artikel yang kita berikan. Associated Content memberi bayaran dalam 2 kaedah iaitu Upfront Payment dan Performance Payment.
Upfront Payment AC, akan diberi bayaran setiap artikel yang diterima dengan purata antara 2usd-4usd. Namun Upfront Payment pada dasarnya hanya untuk penulis yang berkerakyatan USA. Jadi ini lah yang saya cuba ketengah kan bagaimana untuk mengeksploitasi kerakyatan ini untuk mendapatkan Upfront Payment dari AC walaupon sebenarnya kita sebagai rakyat malaysia. Jadi, jika anda telah mengetahuinya mungkin kita boleh sama-sama duduk berbincang dan mengutarakan pendapat masing-masing.
Performance Payment AC pula dibayar mengikut jumlah view artikel kita dengan bayaran $1.50/1000view.
Jika anda masih tidak pernah lagi mendapat apa-apa bayaran dari Internet, inilah masanya untuk anda merasa semua itu. Secara jujurnya menulis artikel ke AC adalah satu program yang pertama memberi duit kepada saya melalui internet. Ini kerana AC tidak mempunyai minimum payout. Jika artikel anda dibayar $1, terus akan dibayar ke dalam akaun paypal anda dengan bayaran $1. Tidak perlu menunggu minimum payout seperti google adsense yang hanya akan dibayar apabila mencapai $100.
Maafkan saya juga kerana saya tidak akan mengajar bagaimana untuk membuka akaun paypal jika anda masih belum lagi mempunyai akaun paypal sila buka akaun paypal sekarang. click disini.
Jangan risau dan khuatir anda tidak perlu untuk verified paypal anda sekarang dan tanpa verified akaun paypal anda, anda masih dapat menerima bayaran dan membuat transaksi ke akaun paypal yang lain.
Saya Harap dengan tutorial yang saya bakal buat nanti dapat membantu anda semua menjana pendapatan dari Ac ini.





Leave your response!