Home » Earn Money

Kenapa Kebanyakan Masyarakat Pandang Serong Terhadap Perniagaan MLM?

Submitted by mazuki on 20/10/2009 – 11:32 PM21 Comments
Kenapa Kebanyakan Masyarakat Pandang Serong Terhadap Perniagaan MLM?

Disini saya tidak mahu menyentuh isu halal-haram mengenai perniagaan MLM kerana ianya bukan kepakaran saya dan saya bukan bermakna saya tidak menititik beratkan mengenai isu ini tetapi saya lebih suka untuk memberi pandangan peribadi berdasarkan pandangan masyarakat yang memandang serong terhadap perniagaan MLM yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan.

Jika anda pemilik sebuah perniagaan, MLM merupakan satu tidakan yang bagus untuk anda kembangkan perniagaan anda. Namun, kini rata-rata masyarakat mula tidak lagi mempercayai mengenai perniagaan yang berunsurkan MLM ini.

Malah, lebih teruk lagi ada juga beranggapan semua perkara yang melibatkan internet adalah satu penipuan walaupun menjana pendapatan dari hasil “blogging”.

Antara sebab yang membuatkan orang mula jengkel dengan MLM :

1. Anda sebelum ini tidak pernah mengajak rakan-rakan sanak saudara ke rumah anda tiba-tiba membuat jamuan dan dikala orang sedap makan ada pula ceramah mengenai MLM yang anda sertai.

Orang akan Kata : “ceh patut la tetiba buat jamuan, ada udang disebalik mie upenya…selama ni seumur hidup tak pernah pulak ajak aku makan-makan”

2. Camni…aku dapat cari orang aku letak dia bawah ko. Bukan tak caye kat aku kot..

Selepas beberapa lama : Pa*** dia ni lesap duit aku 2,3 ribu..dulu janji nak dapat orang nak letak bawah aku..sekarang dia sorang je kaya..kaya makan duit aku la ni.

Kesilapan : Suka menabur janji untuk dapatkan downline

3. Orang MLM kebanyakannya akan mula bercakap menipu untuk yakinkan orang bila segala usaha

Contoh : Alhamdulillah la..sejak saya join perniagaan ni saya mampu la pakai kereta kancil buruk ni.

Kenyataan : adoi la..nak bayar kancil buruk pon tak mampu lepas tu xde orang join pulak bawah aku..lagi sakit.

4. Tiada perniagaan yang anda boleh mulakan dengan modal serendah ini. keahlian hanya rm100, amek pakej a bayar rm 200 je…

Kenyataannya : Kos untuk marketing dah kira ?? Minyak kereta pegi sana sini ? Masa yang anda habiskan ?? Letak la 1 jam = Rm5…berbaloi ?

Jadi, masyarakat pandang serong sebab orang yang join perniagaan MLM itu sendiri yang melakukan kesilapan.

Saya pernah membaca sebuah buku berjudul “Jutawan MLM” lupa hasil tulisan siapa.

Bagaimana dia berjaya ?

Pertama, jutawan mlm tersebut tidak tumpukan untuk mencari downline ketika dia berada dalam perniagaan ini.

Mulanya dia menjual produk jualannya dari rumah ke rumah. Hari ke hari pelanggannya mula rasa produk yang dijual bagus dan berbaloi dengan harga. Mereka mula menjadi ahli untuk mendapatkan produk tersebut dengan harga yang lebih murah.

Jadi sama-sama untung :

Pembeli jadi ahli – dapat beli produk dengan murah

Promoter MLM : dapat downline = dapat RM

Pendapat saya, jika nak menyertai apa-apa MLM saya akan lihat dahulu adakah produknya akan berguna kepada saya ? Siapa target pelanggan produk tersebut ? Berapa anggaran saiz bakal pelanggan ?

Ayat yang selalu kita dengar oleh orang MLM : Semua perniagaan memerlukan cari orang, orang jual nasi lemak pon kena ada orang.

Tapi mereka lupa : MLM kena cari orang, makcik jual nasi lemak tepi jalan orang datang cari dia. Ada ke mak cik jual nasi lemak tepi jalan ketuk pintu rumah kita pagi-pagi nak jual nasi lemak ?

Saya ambil pula satu contoh MLM yang disertai oleh seorang ibu kepada HOHO (salah seorang penulis blog ini):

Ibunya menjual produk air minuman ACPI, pada mula menjual air kepada target pelanggan. Pelanggan menjadi ahli untuk dapatkan harga lebih murah. Diorang menjadi ahli dengan suka rela sebab mereka tahu apa yang untungnya menjadi ahli. Dalam masa yang sama Ibunya dapat downline dan kembangkan network.

Kalau MLM macam ni kita boleh kata dia haram ke?

Maaf jika anda tidak bersetuju dengan pendapat yang saya utarakan. Ini hanya pendapat dari seorang yang cetek ilmu dalam perniagaan MLM berdasarkan pengalaman dan pemerhatian perniagaan MLM di Malaysia.

P/S : Teringat masa promote MLM dulu, ada sorang pakcik ni mesej cakap nak jumpa kata berminat dengan MLM yang saya promote…bila dah jumpa rupanya dia nak promote dia punya MLm plak da….terkena aku!!!!!

Related Posts with Thumbnails · Tags: ,

Alahai...Komen Le Sepatah Dua...

21 Comments »

  • shahrul says:

    Betul tu. Sgt2 setuju. Sepatutnya perniagaan MLM ni memasarkan produk kpd ahli2. Targetnya adalah supaya ahli2 suka menggunakan produknya. Kalau dulu, upline siap paksa beli produk sbb dia nk bonus. Skg sy yakin dgn produk MLM HPA.

    [Reply]

    mazuki Reply:

    sebab utamakan duit putus saudara putus kawan…pahtu produk bersepah bawah katil sebab tiap2 bulan nak kena maintain..huhu

    [Reply]

  • Mantra says:

    Betul bro. Produk bersepah bawah katil. Tu yang pernah aku alami. Sampai berabuk pastu expired. Adehai…tapi tu dulu punya cerita la

    [Reply]

    mazuki Reply:

    sama la kita….

    [Reply]

  • sul_PD says:

    Apabila dah rasminya menjadi ahli dlm sesebuah syrkt MLM,bermaksud ada skop kerja kalu kita nk meraih pendapatan dr perniagaan MLM nie.Mugkin ramai yg meyangka MLM ialah jalan pintas cepat kaya tapi hakikat ramai yg kandas sbelum merasa balik modal.Sama seperti kita bekerja ada skop kerja yg wajib dibuat pastu barulah majikan bagi imbuhan.kalu x buat seperti yg dituntut dlm skop tu ada x majikan bagi pekerja gaji.Tidakkan?
    Samalah jugak dengan perniagaan MLM.Kena fahami skop kerja perniagaan nie.Kalu x silap guna konsep 4S :-
    1.Sales ( Jualan )
    2.Service ( follow up customer )
    3.Sponsor ( Penajaan utk kembangkn network )
    4.School ( Belajar dan mengajar )

    Selain dr tu belajarlah utk menjadi leader sbb bila dah ada downline pasti kita dah menjadi ketua dlm kumpulan.

    [Reply]

    mazuki Reply:

    yg gagal tuh selalu nya buat no 3 je….

    [Reply]

  • Fatin Pauzi says:

    P/S ko tu, aku pernah terkena. Haha.

    Bagi aku, nama MLM buruk sebab orang yang terlibat dengan MLM merosakkan industri sendiri.

    [Reply]

    mazuki Reply:

    rasa nak baling je teh muka pakcik tu…sbo jela…kita dah la penin xleh downline dia leh plak suh kita join mlm dia

    [Reply]

  • sul_PD says:

    Yang baik atau buruk tu sbnarnya utk dijadikan contoh.Kalu nak berjaya ikutlah cara org berjaya.Kalu nak pilih jalan gagal tanyalah pd mereka mcmana diorng berjaya utk gagal.
    Jgn kata MLM aje yg buruk,bole jgk tgok industri lain pun ada segelintir yg x elok.mcm sebakul epal,pasti ada bbrapa biji yg x bole mkn.

    [Reply]

    mazuki Reply:

    mlm buruk sebab ramai pikir mlm jalan pintas untuk kaya dan mudah…hakikatnya hanya 2-5% orang join mlm akan berjaya…

    orang yg berjaya akan guna say no say next…

    orang menyampah dengan gang mlm ni…

    orang dah say no..dia duk tanya lagi why no?? ni peluang bagus…kerja duk umah je

    bukan semua orang suka makan kfc…kalau dah xske xminat jgn paksa…

    [Reply]

  • sul_PD says:

    2 – 5 % tu yg kita nk korek ilmunya nape diorng bole capai kejayaan mcm tu.Memanglah nk pendapatn luar biasa kena jadi unik,maksudnya segala pemikiran dan tindakan tu selari dgn pendapatan yg kita impikan.Bak kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah “Menerobos sempadan diri” atau “Serlahkan potensi diri”.Itu yg sy alami di Haio ni dan bezanya dgn 13 thn pengalam kerja disrykt skrng.
    Lagipun hidup ni kan berkaitan dengan pilihan.Tentukan apa yg diri mahukn.Sy suka conthkn dgn pemain bola.ramai yg bermain secara profesional tapi yg mencapai tahap mcm Ronaldo atau C.Ronaldo brp % je.Memang ye bakat anugerah ada tapi kalu tanpa latihan dn bimbingan yg betul, sampai ke diornag pd tahap skrg?x mungkin hanya berserah pd nasib.

    [Reply]

  • hoho says:

    woit
    artikel salah
    ecpi bukan acpi
    sian mak aku
    lg 1,pensyarah aku cakap.
    nk belajar berniaga sertailah mlm
    belajar la…
    banyak ilmu kalo pandai amek
    sekian

    [Reply]

  • sul_PD says:

    Bro Hoho.mmng betul byk ilmu berniaga akan dpt kalu sertai bisnes MLM sbb kaedah bisnes ni adalah dijalankn berkumpulan melalui sistem networkingnya.Upline harus menjadikn downlinenya berjaya kalu dia nk berjaya dan sustaine dlm perniagaan ni.Dengan itu upline pasti akan turunkn ilmu dan share pengalamannya sbrapa byk yg boleh.Secara kontranya sy contohkn kalu kita buka restoran, gerenti kedai sebelah yg buat bisnes yg sama x akan ajar sbb rahsia.betul x?Terutama resepi2 makanannya.Kalu kongsi jugak alamat mcm tutup dapur sendirilah.Bagi bangsa MELAYU kita ni yg takut2 nk berniaga.gunakan platform MLM sbb semua prasana dah disediakan dr segi produk,marketing,iklan,waranti hatta modal pun boleh dimulakan serendah2nya.Cuma yg tak bole disediakan oleh orang lain adalah DIRI SENDIRI yg nak memulakn perniagaan.Tapi bila dah mula berniaga ni mentaliti mestilah di “switchkan” utk berniaga bukan mentaiti makan gaji sbb kebanyakn yg join MLM ni dr golongan makan gaji.Tu yg jadinya produk berabuk bawah katil x jual2 sbb mentaliti x berubah.Ada kedai runcit amik barang byk2 tapi kedainya tutup?

    [Reply]

  • ex-mlmer says:

    Hmm… baru cadang nak bergiat balik dlm bidang mlm ni, lepas baca artikel bro… rasa letihnya nak buat mlm. Betul kata bro, ramai org dah menyampah dgn mlm ni… sayang, such a unique marketing plan – tercemar oleh segelintir yang tamak. Company mlm pong sama… reka marketing plan yg skim cepat kaya, habis yg awal sempat merasa, yg kendian hangus …tukang bagi duit kat yg awal… Tapi satu jer yg saya memang perasan… MLM banyak ajar org supaya TAMAK… hambat duit, main politik kotor dsb… sebenarnya tu kerja yang dah kaya…nak senang cari makan, yg mangsa orang baru… dia dah kaya sedap lah jual air-liur…(sigh) macam-macam…

    [Reply]

  • sul_PD says:

    Apa keje yg x letih dlm dunia ni.Hatta duduk2 tgok tv pun pun ada org ckp “letih betulah aku asyik tgok tv je”.Ada pernah dgr ke atau pernah ckp.Alasan letih tu sbnrnya hanyalh penolakkn minda negatif kita utk berjaya.Klau jwpn dari minda yg positif dah tentu jwpnnya “Kalu aku x cuba,manakn dpt hasilnya,lbh baik aku buat sbb kalu gagal pun, akan dtg aku tau mcmana nk counter kegagaln dulu”.

    Kejayaan bukan diukur dgn apa yg kita ada,tapi kejayaan adalah berapa byk kali kita bangkit dari kegagalan.

    Bukan hanya dlm MLM saje yg mcm tu ,dunia makan gaji pun byk yg x menariknya.Kaki bodek,rasuah,tikam belakang kwn,gossip semua tu perkara2 yg negatif dlm dunia mkn gaji tapi kita sanggup jugak tempuhi walau kadang dibyar gaji n bonus seciput.Ada x orng mkan gaji nie sampai tahap jutawan.kalu ada angkat tangan?.MLM???..RAMAI!!! (Sigh)macam-macam.

    [Reply]

  • aziz satar says:

    meluat tengok iklan hai o kat tv.dia orang ingat dia orang saja boleh pergi umrah.setahun tak tahu berapa juta yang pergi umrah,tak join hai o pun.jutawan hai o konon,jual premium beautiful,tapi tukang jual macam tong drum.cara berpakaian pun tak melambangkan jutawan,adakah patut wanita pakai baju kurung,pas tu pakai blazer kat luar.Belajarlah cara kod etika berpakaian.

    [Reply]

    AZROY786 Reply:

    mungkin asalnya org biasa abg aziz diorang tu,ada duit tapi tak tau nak berfesyen..nasib baik laa dlm berjuta tu ada yg dapat bawa makayah pergi umrah sekali sebelum mereka tutup mata.Kita nie berpendidikan tinggi,up to date lagi…tapi bila laa nak bawa makayah pergi umrah bersama,benda lain boleh beli,Abg aziz sponser kita boleh kee…saving tak cukup lg.

    [Reply]

  • zam says:

    saya dah lama masuk macam2 MLM ni,baru2 ni adalah member ajak joint MLM yg dah lama tapi dengan konsep baru dengan mengutip pengalaman lama ini membuat kan saya merumuskan beberapa perkara sebelum saya joint sebagai panduan utk semua.1.kenal pasti sykt samaada ia telah lama beroperasi spt sykt ini sudah 30 tahun dan tidak pernah bermasaalah pun 2.pastikan produk tidak akan naik dalam tempoh terdekat kerana apabila ramai yg masuk sebagai ahli kos pembayaran bonus akan meningkat sykt akan naikan harga produk utu menampung pembayaran bonus.kebanyakan MLM kat malaysia tak bertahan lama dengan konsep membuat penjualan atau paksaan.kenapa saya joint sykt ini kerana ianya satu2 sykt malaysia yg menembusi pasaran luar ke 10 buah negara dan akan membuka cawangan ke USA.berkonsepkan memberi peluang utk membuka kedai franchise kpd ahli yg berminat atau memperkenalkan rakan yg berminat membuka kedai, dana disediakan.samaada anda buka kedai atau memperkenalkan kepada rakan, anda mendapat keuntungan dari kedua-duanya setiap bulan.kalau ada yg nak tahu lebih lanjut boleh call saya 0182637071.

    [Reply]

  • Rohayati says:

    AKU BENCI MLM…TERUTAMA SEKALI HAI-O……BANYAK MENGAJAR MENIPU…NAK BERJAYA KENA BELAJAR MENIPU ……KERANA DUIT SANGGUP JADI PENGKHIANAT KAWAN ……

    [Reply]

  • Rohayati says:

    AKU BENCI HAI-O

    [Reply]

  • Rohayati says:

    BENCI APA-APA MLM PUN …TAK GUNA

    [Reply]

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.

Khabar Gembira untuk anda yang mencari-cari peluang pendapatan. Kini muncul satu bisnes hebat yang kian mendapat sambutan!!! TviExpress memberi satu ruang yang boleh anda tempuhi.
Jom Sertai jutawan 50
KOLEKSI ARIEL PETERPEN !!! PANAS!!!
Produk Tenaga Batin Suami Isteri
Produk Dewasa : Dapatkan Yang Original Disini
Tak perlu tunggu hujung bulan untuk shopping & bantu keluarga hidup senang dikampung. Program hebat & sempoi. Anda pasti berjaya. Info percuma, klik disini.

| Site Meter

.