Tip Buat Duit Di Internet Secara Berkesan
MYmalaysian.com | Register | Login | Lost Password | Beriklan Percuma
Sejak kebelakangan ini saya sering menerima emel berkenaan bagaimana untuk membuat duit di internet. Rakan-rakan sekolah,rakan-rakan universiti, awek-awek cun friendster semuanya bertanyakan mengenai bagaimana untuk membuat duit di internet tanpa modal.
Terdapat beberapa cara untuk membuat duit di internet untuk anda paham sebelum anda ingin memulakan buat duit di internet tanpa modal ini :
Cara 1 : Menjual barang di ebay,lelong dan mudah.
Cara 2 : Buat duit dengan blog
Secara kesimpulan yang dapat saya simpulkan, membuat duit di internet menggunakan blog kebanyakannya melalui pengiklanan.
Antara yang popular ialah google adsense, nuffnang, adverlets, adbrite, infolink, backlink, text ads link dan banyak lagi ada di internet.
Namun, yang paling dan kebiasaannya popular di malaysia kepada blogger-blogger tempatan ialah google adsense, nuffnang dan adverlets.
Bagaimana saya mengetahui tentang buat duit di internet?
Semestinya melalui internet juga, sebagai contoh saya tahu google adsense memberi pendapat kepada blogger tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.
Search di google.com.my “How to make money with google adsense” pastinya terdapat banyak blogger-blogger berkongsi cara untuk melakukannya secara percuma.
Saya sebenarnya hanya belajar di internet mengenai bagaimana membuat duit di internet. Jika anda ingin seseorang mengajar anda secara percuma mengenai buat duit diinternet sememangnya sukar sekali.
Ini kerana tips dan teknik membuat duit diinternet untuk setiap orang adalah berbeza dan rahsia masing-masing.
Pelaburan wang ringgit itu perlu jika anda benar-benar untuk menambahkan lagi pendapatan anda. Kecekalan dan menanamkan minat juga perlu kerana tanpa minat ramai yang tidak menjana apa-apa wang dari iinternet walaupun berhabis wang beratus malahan beribu ringgit.
Dengan minat yang mendalam mengenai blog dan penjanaan wang dari blog saya telah membina satu blog dalam bahasa inggeris mengenai tutorial buat blog,promosikan blog, dan pendapatan dari blog.
Dengan menggunakan simple english dan grammar yang lintang pukang saya gagahkan juga untuk membina problogger.2u2c.info
Lebih banyak artikel selepas ini di problogger.2u2c.info
Be Our Readers, Subscribe by Email






