Select Page

Filem Anak Ikan Oleh Raja Azmi, Mahu Sam Bunkface Berbogel?

Raja Azmi diberitakan dalam proses untuk mengarahkan sebuah lagi filem mengenai kehidupan songsang masyarakat di Malaysia pada masa ini.

Dalam filem anak ikan ini dikatakan lebih kepada kehidupan lelaki ‘Gay’ namun Raja Azmi menafikan filem terbaru beliau merupakan pembawakan unsur-unsur gay kerana banyak kupasan di sebalik kehidupan seorang yang merelakan diri terjerumus di dalam kerjaya tersebut.

Sebelum ini, Raja Azmi tampil dengan filem kontroversi Anu Dalam Botol.

Pada Disember 2010 memerusi Mstar Online Raja Azmi pernah mengeluarkan kenyataan ;

“Bagi golongan gay, istilah ‘anak ikan’ membawa maksud lelaki muda yang menjalinkan hubungan cinta dan seks dengan lelaki yang lebih tua dari mereka.

“Saya sedang meneliti skrip tersebut dan ia memerlukan beberapa pindaan. Selepas ini, saya akan mula mencari lelaki muda yang kacak pula untuk memainkan watak ‘anak ikan’ itu,” katanya berseloroh.

Lelaki yang bakal menjadi anak ikan itu adalah Sam Bunkface namun belum lagi secara rasmi. Bagaimanapun Sam Bunkface menerusi Mstar Online telah bersedia menerima watak berkenaan jika ditawarkan.

“Jika saya benar-benar ditawarkan dalam filem Anak Ikan, apa salahnya. Lagipun sebelum ini saya pernah berlakon untuk iklan televisyen dan teater.

“Malah saya juga tidak kisah untuk melakonkan apa saja watak, asalkan skrip yang diberi menarik perhatian saya,” katanya yang dihubungi mStar Online, Isnin.

Raja Azmi tidak mengatakan secara terus mahu Sam berbogel tetapi apabila dibaca kenyataan dibawah anda akan faham maksudnya itu.

“The fish is gonna be naked in a bathtub when he turns into a man,” she laughed. “It’s not my script. It’s Ajami’s script.”

“We haven’t decided on the casting yet,” said Raja Azmi. “But I would love to have Sam Bunkface in the movie. We plan to start shooting in January next year.”  -daily chilli-

Belum lagi filem ini membuat pergambaran tetapi telahpun mendapat kritikan secara online di forum dan laman blog tempatan.

Adakah ini merupakan filem seterusnya yang bakal gagal oleh Raja Azmi?

 

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *