Web
Analytics
Together We Share

Saga FLX SE – Harga Rasmi RM 49449

Saga FLX SE hari ini menerusi BERNAMA telah mengeluarkan harga rasmi untuk model variasi SAGA, (Saga FLX SE 1.6L).  Dengan harga RM 49,449 seperti yang dikatakan sebelum ini bawah RM 50,000 Saga Flx SE digerakan oleh enjin  Campro Intake Air-Fuel Module (IAFM) dalam memberikan prestasi yang lebih kepada pengguna.

RM 49,899.00 / Metalic
RM 49,449.00 / Solid

Kelebihan SAGA FLX SE 1.6L

Dengan transmisi automatik boleh laras berterusan (CVT) pula mampu memberikan penjimatan dari segi bahan bakar. Menurut laporan BERNAMA, dengan kombinasi enjin 1.6 L IAFM dan CVT bakal memberikan pengurangan pengunaan bahan bakar dengan tambahan 4% dari model Saga FL automatik 1.6 L.

Related Posts

Harganya juga lebih (ini bukan kelebihan) RM 2900 berbanding Saga FL automatik 1.6L. Namun Saga FLX SE membuat perubahan 8 pada hiasan luaran dan 3 pada hiasan dalaman.

Warna Saga FLX SE pula hanya didatangkan dengan warna MERAH dan Putih serta jaminan 3 tahun atau 100,000km (bukan kedua-duanya sekali)

Lagi Info Mengenai SAGA FLX SE

Berita baik kepada pengguna yang telah membuat tempahan model SAGA sebelum ini boleh menukar tempahan mereka dengan SAGA FLX SE (Jika tempahan belum sampai) jika berminat dengan model baru keluaran Proton ini. Untuk maklumat lanjut mengenai ini, pengguna perlulah merujuk kepada pengedar Proton dimana tempat tempahan dibuat.

Saga FLX SE 1.6L ini boleh dilihat di bilik pameran Proton mulai Khamis (1 Disember 2011).

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!