Web
Analytics
Together We Share

Harian Metro Agen Promosi Filem Porno Indonesia

Artikel ini sebenarnya adalah luahan kurang senang kepada berita yang dikeluarkan oleh Harian Metro “Lambakan Filem Porno Indonesia” oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Kasdi Ali.

Apa yang agak tidak menyenangkan mengenai artikel ini apabila penulisnya sertakan sekali tajuk-tajuk filem semiporno yang berada dipasaran Malaysia ketika ini.

Bukan setakat tajuk filem panas tetapi sekali dengan harga dilaporkan.

Mereka sedar, artikel ini mampu dibaca semua lapisan masyarakat dan secara tidak langsung mereka(H Metro) sebenarnya telah mempromosikan filem-filem semiporno ini kepada rakyat Malaysia.

Berdasarkan artikel ini juga saya rasanya pihak polis juga boleh ambil tindakan kerana dalam isu “Menjual DVD Cetak Rompak” kerana penulisnya telah sertakan nama penjual tersebut.

Sungguhpun jika bukan nama sebenar, pastinya wartawan ini telahpun berjumpa dengan penjual tersebut untuk ditemuramah.

Pastinya Foong (penjual DVD cetak rompak) yang dinyatakan oleh penulis harian metro amat berterima kasih kerana filem semi porno cetak rompaknya akan menjadi semakin laris dari 50 DVD seminggu mungkin kepada 500DVD seminggu penjualanya.

 

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!