Together We Share

Himpunan Video Kemeriahan Sambutan Kemenangan Harimau Malaya U23

Walaupun Malaysia kalah malam tadi kepada Syria ditempat sendiri tapi ‘mood’ kemenangan keatas Indonesia pada perlawanan akhir Sukan SEA 2011 di Gelora Bung Karno masih BERGELORA.

Boleh dikata semua kedai-kedai mamak,apartmen,rumah di Malaysia bergegar pada malam tersebut tidak kira di kampung mahupun di bandar sejurus Badrool Baktiar menyempurnakan sepakan penalti yang ‘meleleh’ masuk.

Reaksi Penonton di Malaysia Menjulang Kemenangan

http://www.youtube.com/watch?v=err9uneb_uo

Koleksi Ultras Malaya

Di LCCT Menyambut Kepulangan Wira Malaya

http://www.youtube.com/watch?v=Y3QZ1GCdN4E

Permata Baru Malaysia – Nazmi Faiz | Malaysia U23 | Midfielder #21

Kemenangan ini sangat bermakna dan sangat mengujakan rakyat Malaysia kerana bertemu dengan Indonesia di Gelora Bung Karno. Ditambah dengan provokasi melampau oleh penyokong Indonesia keatas Malaysia.

Apa yang lebih memalukan dari kekalahan oleh rakyat Indonesia adalah tidak menghormati lagu negara pihak lawan (Negaraku) sebelum perlawanan bermula.

Isu ini perlu di ambil serius juga kepada penyokong Malaysia tidak kira negara mana sekali pon yang bakal datang ke Malaysia, penghormatan perlu diberikan kecuali Israel. Jangan kita menjadi manusia yang tidak bertamadun!!!

p/s: Kalau ada video-video menarik kemeriahan sambutan kemenangan tempoh hari, sila tinggalkan pautan diruangan komen.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!