Panduan Cpanel Percuma- Mengenal Cpanel
Setelah pembelian hosting dan domain selesai, ini bermakna anda telah pon mempunyai cpanel anda sendiri. Saya akan tunjukan rupa bentuk cpanel jika anda belum pernah lagi mempunyai cpanel. Untuk itu kita perlulah untuk log in ke cpanel kita dahulu. Untuk ke cpanel saya alamat urlnya selangor2u.com/cpanel ini bermakna untuk ke cpanel anda domainanda.com/cpanel.
Jika anda dapat lihat pada gambar di atas, pada kotak merah yang saya buat pada gambar tersebut terdapat email accaunts, subdomains, parked domains, addon domains, ftp accaunts, dan SQL database.
Jadi pada kali ini saya akan bercerita sedikit berkenaan perkara tersebut.
Untuk email accaunts semestinya untuk email, contohnya mazuki@selangor2u.com. Saya rasa tidak ada masalah untuk memahami tentang perkara tersebut.
Fungsi Subdomains pula seperti ini, selangor2u.com/blog dan selangor2u.com/english merupakan subdomain kepada selangor2u.com. Namun begitu, apabila anda menaip selangor2u.com anda akan di bawa terus ke selangor2u.com/blog kerana saya telah pon redirectkan domain tersebut ke selangor2u.com/blog. Kegunaan subdomain ini juga bertujuan untuk menyembunyikan link affiliate anda. Sebab itu saya memilih unlimited untuk subdomains ini.
Fungsi Parked Domains pula bagaimana? pada awal saya memiliki hosting saya tidak pernah mengetahui apa tujuan parked domain ini. Sebagai contoh, anda mempunyai domain dengan nama domainanda.com kemudia anda membeli satu lagi domain dengan nama domainsaya.com. Apabila anda parked atau tumpangkan ke nama domainanda.com tadi. Apabila anda tumpangkan domainsaya.com ke domainanda.com anda akan dapati 2 domain ini akan ke web yang sama tetapi dengan 2 nama yang berlainan di browser anda. Pendek kata 2 nama tapi orang yang sama.
Bagaimana pula dengan Addon Domains? Fungsi Addon domain ini pulak secara ringkasnya kita dapat andaikan sebagai 2 isteri tinggal di rumah yang sama. Boleh ke macam ni ek?
. Domainanda.com anda telah pon mempunyai hosting sendiri, anda membeli satu lagi domain, domainsaya.com tetapi anda tidak mahu membeli hosting. Jadi anda boleh menggunakan addon domains ini untuk domainsaya.com diletakkan pada hosting yang sama.
Fungsi FTP ( File Transfer Protocol) betujuan untuk memudahkan proses mengupload data ke hosting kita. Untuk FTP accaunt ini pula sebagai contoh, jika sebelum ini saya menggunakan username selangor untuk login ke hosting saya jadi apa bila di login semua data dan folder yang saya buat akan keluar. Ini kadang-kadang akan menjadi agak serabut. Untuk itu sekarang saya telah menggunakan username mazuki@selangor2u.com untuk login terus ke folder selangor2u.com/blog. Ini bermakna username mazuki@selangor2u.com ini hanya terdapat folder blog. Maaf kerana saya sendiri pon sukar untuk menerangkan dengan cara yang mudah untuk perkara ini.
Fungsi SQL database ini senang cerita, jika anda memilih Unlimited seperti mana saya gunakan bermakna anda boleh untuk membina seberapa banyak blog pada subdomain anda. Seperti selangor2u.com/blog , selangor2u.com/english, selangor2u.com/tv dan apa-apa jela yang anda mahu kan. Jika anda memilih limited bermakna terhad bilangan blog yang dapat dibina.
Itu sahaja untuk kali ini berkaitan mengenal cpanel dan fungsi-fungsinya.
Subscribe to selangor2u.com by Email









nice info
[Reply]