Web
Analytics
Together We Share

Isu Video “Sembang Rakyat” Hina, Persoalkan Hukum Allah

SHAH ALAM – Hukum hudud tidak patut dijadikan modal politik untuk cabar mencabar dalam mencari sokongan rakyat.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, sebarang debat atau cabar mencabar berhubung isu hudud perlu dihentikan segera kerana ia dilihat semakin dipolitikkan.
“Sebagai manusia sama ada yang beragama Islam atau tidak, tidak sepatutnya mencabar hukum yang datang daripada ALLAH.

“Hukum hudud merupakan peraturan dan undang-undang ALLAH. Maka tidak sepatutnya hukum itu di debat, tetapi dilaksanakan. ALLAH itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-NYA. Laksana atau tidak, itu soal kedua. Tetapi hukum ini sudah pun dijalankan ketika zaman Rasulullah SAW,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok yang mempelawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berdebat mengenai isu hudud dan disiarkan di televisyen dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Sebelum ini, Naib Presiden MCA, Senator Gan Ping Sieu, mencabar Guan Eng secara terbuka untuk berdebat mengenai isu hudud, tetapi ditolak tanpa sebarang alasan.

“Sebagai makhluk ciptaan-NYA, kita tidak boleh sangsi dengan hukum ALLAH kerana dunia ini milik ALLAH dan ciptaannya sesuai untuk umat sejagat,” katanya.

Mohd Tamyes berkata, tidak kira sama ada pihak tertentu itu menyokong atau tidak, hukum hudud tidak wajar menjadi bahan debat.

“Jangan cuba berdebat atau memutarbelitkan hukum ALLAH. Jika mahu, laksanakan sahaja,” katanya. SINARHARIAN

Rasanya dah tiba masanya Agong sebagai ketua agama Islam di Malaysia campur tangan dalam isu ini. Isu sebegini tidak boleh diperlekeh dan dihina sebegini atau dipolitikan.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!