Together We Share

Jualan Proton Merosot dan Syarat Pinjaman Kereta BNM

Kerisauan pihak Proton mengenai kemerosotan jualan kereta mereka jelas ketara apabila pihak Proton memutuskan untuk membuat pertemuan dengan pihak BNM untuk membincangan mengenai syarat pinjaman kereta yang diperketatkan itu.

Garis panduan baru ini telah dikuatkuasakan oleh BNM bermula 1 Januari tahun ini. Langkah yang dilakukan oleh BNM ini bertujuan mendidik orang ramai untuk membeli kereta mengikut kemampuan kewangan bukan mengikut keinginan hati.

Sebelum garis panduan baru oleh BNM ini dilakukan, 50% permohonan pinjaman diluluskan manakala tahun ini merosot kepada 30%.

Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab oleh BNM

  1. Untuk mendapatkan kereta Proton baru, pendapatan bersih mestilah minumum RM800 sebulan.
  2. Untuk graduan baru bekerja,penjamin perlulah bergaji melebihi RM2000 sebulan.
  3. Tempoh pembiayaan adalah 9 tahun berbanding 11 tahun sebelum ini.

Sebenarnya ini adalah tindakan bagus oleh BNM terutamanya untuk graduan yang baru bekerja. Ramai graduan yang baru bekerja tidak sabar-sabar untuk memiliki kereta idaman tanpa memikirkan masa depan seperti kos untuk berkahwin dan memiliki rumah.

Terdapat 4 keberangkalian tanggungan hutang individu apabila mencapa umur 30 tahun dan keatas:

  1. Hutang kereta
  2. Hutang pinjaman peribadi (Biasa digunakan untuk perbelanjaan kahwin)
  3. Hutang rumah
  4. Hutang PTPTN

4 aspek ini nampak seperti hutang yang wajib yang perlu ditanggung oleh individu secara umumnya. Perkara yang kita perlu tahu juga adalah kereta bukan satu ASET tetapi satu Liabiliti yang menjadi keperluan untuk digunakan seharian.

Untuk memiliki kereta, ramai menyarankan untuk hanya menggunakan 15%-20% gaji bersih bagi bayaran bulanan. Jika gaji bersih RM2000 sebulan maka anda mampu untuk memiliki kereta dengan bayaran bulanan RM400 (diambil kira 20% dari gaji bersih).

Jika dengan bayaran ini tidak mampu untuk memiliki kereta baru maka kereta terpakai adalah langkah terbaik.

Penjual Kereta Lebih Kecoh dari Pembeli Kereta

Dalam isu ini sebenarnya pengeluar kereta lebih risau berbanding pembeli/pengguna. Ini kerana jika pinjaman untuk membeli kereta baru tidak diluluskan pengguna masih mempunyai pilihan lain dengan mendapatkan kereta terpakai tetapi hal ini merugikan penjual kereta.

Kemerosotan jualan akan berlaku dan keuntungan mereka terjejas. Maka dalam akhbar-akhbar mereka seperti memomokan akan berlakunya pertambahan institusi pinjaman wang haram kerana pengguna akan mencari alternatif lain selain bank untuk mendapatkan wang.

Amrin berkata, garis panduan baru yang lebih ketat itu juga akan memberi laluan kepada kewujudan along atau ceti haram yang lebih ramai, selain pada masa sama turut menggalakkan wujudnya kumpulan pekerja yang tidak produktif di Malaysia.

Produktiviti kerja antara lain wujud kerana adanya komitmen bulanan bagi seseorang itu membayar balik pinjaman seperti perumahan dan kenderaan. 

“Jadi, seseorang itu akan bekerja keras selain berusaha dinaikkan pangkat bagi mengukuhkan jumlah gaji bulanannya yang mana ia seterusnya akan meningkatkan produktiviti keseluruhan,”Bharian

Alasan mungkin ada benarnya kepada sejumlah kecil pengguna tetapi tidak begitu wajar untuk digunapakai secara menyeluruh. Dengan mengalami masalah kewangan tekanan hidup akan meningkat maka tidak mustahil akan timbul mencari duit lebih dengan cara mudah(haram).

50% Penjawat Awam Muflis Kerana Hutang Kereta

Adakah pihak Proton dan pengeluar kereta di Malaysia yang lain tidak risau dengan masalah ini? Ini bukan berita rekaan s2u tetapi kenyataan akhbar KOSMO pada 2011.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bagi tahun 2009 sahaja, seramai 542 orang atau hampir 50 peratus daripada 1,086 penjawat awam yang diisytiharkan muflis dilaporkan akibat terlibat dalam tawaran pembelian skim tersebut.

“Selepas membuat pinjaman dan akibat tidak tahan menanggung kadar hutang sewa beli yang tinggi setiap bulan dalam tempoh yang lama, ada dalam kalangan mereka (penjawat awam) gagal melunaskannya hingga diisytiharkan muflis oleh pihak bank.

“Trend itu semakin meningkat hingga 200 peratus pada 2010 dan melalui angka tidak rasmi yang saya dapat, jumlahnya sudah mencecah kira-kira 3,000 orang,”

Selain skim pembelian kereta tanpa deposit, penjawat awam juga ramai yang terperangkap dengan tindakan muflis kerana menjadi penjamin iaitu sebanyak 15.56 peratus, pinjaman peribadi (8.65 peratus), pinjaman perumahan (8.65 peratus), penjamin korporat (4.14 peratus), pinjaman perniagaan (3.96 peratus) dan hutang kad kredit (3.68 peratus).-KOSMO

Peserta Automotif Buat Pertemuan dengan Bank Negara Malaysia (BNM)

Peserta industri automotif akan mengadakan pertemuan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Jumaat ini bagi membincangkan masalah yang timbul akibat garis panduan pinjaman baharu yang didakwa agak ‘ketat’ sehingga menjejaskan industri berkenaan sejak awal tahun ini.

Pihak pengeluar kereta terutamanya Proton banyak mengeluarkan kenyataan kesan kepada negara jika kemerosotan jualan kereta berterusan. Mungkin ada benarnya apa yang dikatakan tetapi adakah pihak Proton ada untuk mengkaji semula harga kereta mereka di pasaran Malaysia?

Umum juga mengetahui mengenai gosip-gosip yang kereta keluaran Proton dijual pada kadar harga yang lebih murah diluar negara jika dibandingkan harga jualan di Malaysia.

Sama-sama kita tunggu apa keputusan perbincangan mereka dengan BNM nanti.

Adakah anda bersetuju langkah yang diambil oleh BNM?

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!