Select Page

Justin Bieber Sudah Menjadi Bapa?

Amerika Syarikat (AS) – Seorang wanita dari California telah mendakwa anak yang baru dilahirnya adalah perkongsian dengan Justin Bieber.

Mariah Yeater, 20, telah memfailkan saman di sebuah mahkamah dengan menyatakan bintang pop berkenaan ialah bapa bayi lelakinya yang berusia tiga bulan.

Wanita tersebut mahu Justin Bieber menjalani ujian perubatan (DNA) jika Justin Bieber untuk mengesahkan anak tersebut bukan miliknya.

Seorang jurucakap Bieber, Matthew Hiltzik bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

“Walaupun kami belum melihat saman itu, adalah sedih untuk seseorang sengaja mereka-reka dakwaan palsu yang berunsur fitnah,” katanya.

Mariah Yeater mendakwa dia berasmara dengan Justin Bieber dibelakang pentas ketika disalah sebuah konsert di Los Angeles pada tahun lalu dan ketika itu Mariah Yeater berusia 19 tahun.

Wanita itu mahu mahkamah memaksa Bieber menyediakan nafkah secukupnya untuk anaknya.

Gambar ‘Anak’ Justin Bieber

Justin Bieber menerusi twitter miliknya mahu peminatnya tidak mengendahkan khabar angin tersebut.

Baby…..baby….baby….uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!

1 Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *