Web
Analytics
Together We Share

Kelebihan Puasa Dari Sudut Kesihatan!

Seperti yang  kita semua sedia maklum puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan.

Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin atau racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.

Puasa juga menjadikan kulit lebih segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu fenomena perubahan dari tenaga yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh.

Manakala bakinya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.

Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa kajian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:

1- Allan Cott, M.D.
Merupakan seorang pakar dari Amerika Syarikat telah menghimpunkan hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menjadikannya sebuah buku berjudul ‘Why Fast?’ yang menceritakan tentang berbagai hikmah puasa, antaranya:

a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (menjadikan diri lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak)
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan keinginan seks).
f. To let the body health itself (membuatkan badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi deria).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).

2- Alvenia M. Fulton
Beliau ialah Direktor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat. Dan beliau menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat.

Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).

Jadi, disamping meningkatkan amal ibadat di bulan Ramadhan kita juga sebenarnya telah memperbaiki tahap kesihatan kita secara dalaman dan juga luaran tanpa kita sedari.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!