Together We Share

Kenaikan Gaji Askar (ATM) Diperinci – Tiada Perang Tak Wajar Naik Gaji?

KUALA TERENGGANU – Kementerian Pertahanan telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pelarasan skim gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk memperincikan tentang pelarasan gaji tentera, supaya sekurang-kurangnya sama dengan Polis Diraja Malaysia mengikut pangkat.

“Tetapi sebenarnya jika mengikut Perlembagaan Malaysia, skim perkhidmatan ATM hendaklah berada di atas lain-lain perkhidmatan.

“Asas itu yang saya pegang walaupun ada yang pertikaikan tak perlu ada kenaikan gaji, kononnya askar banyak berehat dan tak berperang. Jadi, adakah perlu perang dulu baru nak naik gaji,” katanya. KOSMO

Isu kenaikan gaji ATM tidak wajar naik oleh sebab tiada perang rasanya tidak wajar untuk digunakan. Ini kerana bagi pendapat saya, apabila ada menurunkan cop 10 jari dan memegang BAT C 10 bermakna menyerahkan hidup kepada ATM.

Cuti adalah ihsan, bermakna pada ketika cuti anggota boleh dipanggil pada bila-bila masa jika perlu.

Adakah berbaloi dengan gaji 2,3 ribu sebulan dengan menyerahkan hidup pada angkatan tentera sedangkan anda sedang berseronok dengan keluarga dirumah?

Pada pendapat saya, hanya gaji yang mampu untuk menarik rakyat Malaysia menyertai angkatan tentera dan sejumlah kecil sebab utama kerana semangat patriotik untuk membela tanah air tercinta.

Walaupun, gaji menjadi motif utama menyertai angkatan tentera tetapi semangat patriotik akan dipupuk ketika menjalani latihan dengan ATM kemudiannya.

Kita dapat lihat kurangnya bukan bumitera menyertai ATM terutamanya dari kaum Cina. Pada andaian saya, kerana kebanyakan kaum cina lebih gemar untuk berniaga dan mereka sememangnya menguasai perniagaan di Malaysia dimana sangat berbeza dengan orang melayu yang lebih gemar untuk makan gaji.

Jika anda masih mahu mempertikaikan isu kenaikan gaji ATM, mungkin anda boleh menjadi kadet selama 4 tahun, jalani latihan sepertimana mereka jalani. Kemudian anda boleh nilai adakah berbaloi dengan gaji sekarang???

Update 15 Disember 2011

Disebabkan ramai tidak faham dengan ayat “penulis tidak bersetuju banyak perkara……” saya tampil untuk menjelaskan ayat diatas. Tidak bersetuju bukan membawa maksud benci,mempertikaikan hak atau sama waktu dengannya.

Tidak bersetuju disini bermaksud ada yang perlu dipertingkatkan dalam organisasi ATM, budaya yang tidak baik dalam ATM (jika masih ada) dan perkara-perkara yang negatif yang boleh memberi imej buruk terutamanya dimata masyarakat.

Saya pasti jika anda anggota ATM sendiri pastinya anda juga ada perkara yang tidak bersetuju dalam ATM. Adalah tidak logik semuanya bagus. Tapi ayat negatif ini bukan membawa maksud mencela institusi ATM.

Ditegaskan sekali lagi, dalam penulisan saya ini saya BERSETUJU dan menyokong jika gaji ATM dinaikan. Jadilah pengomen yang lebih bijak dalam mengutarakan pendapat dan jangan baca tajuk sahaja.

Disebabkan fasa tersebut menjadi isu, saya buang ayat tersebut.

 

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!