Together We Share

Kenapa Liga Super Indonesia(ISL) Diharamkan FIFA dan Nasib Safee Sali

Umum mengetahui mengenai isu FIFA tidak mengiktiraf Liga Super Indonesia dan menjadi saya kerisauan kepada negara kita kerana Safee Salie bermain di Liga Super Indonesia bersama kelab Pelita Jaya. Jika ISL sah diharamkan FIFA maka Safee Salie tidak dapat mewakili negara.

Bagaimanapun buat masa ini, Liga Super Indonesia belum lagi sah HARAM dan FAM dalam usaha untuk menyelamatkan Safee Salie supaya kita tidak kehilangan penyerang utama.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan berusaha membuat rayuan kepada badan induk bola sepak dunia (FIFA) untuk Safee Sali sekiranya kejohanan Liga Super Indonesia (ISL) sudah sah diharamkan.

“Sudah tentu FAM akan membantu Safee meskipun rundingan perpindahan ke Pelita Jaya dari Selangor hanya melibatkan Safee bersama pengurusnya (Zakaria) sahaja.

“Kehilangan Safee yang tidak dapat mewakili negara sekiranya dia mendapat status haram sememangnya sukar untuk diterima oleh peminat-peminat bola sepak tempatan.

“Skuad kebangsaan masih menagih khidmat Safee. Oleh itu, FAM mungkin akan bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi menangani masalah ini mengikut undang-undang FIFA,”

“Saya tidak mengetahui hal itu terjadi (ISL diharamkan oleh FIFA). Saya akan pastikan maklumat tersebut benar terlebih dahulu sebelum mengemukakan rayuan kepada FIFA.

Saya berharap penyokong tempatan tidak mudah terpedaya dengan khabar angin atau membuat sebarang spekulasi mengenai hal ini selagi isu ini belum disahkan oleh pihak FIFA,” -kosmo,24-12-11-

Punca Liga Super Indonesia(ISL) Diharamkan oleh FIFA

FIFA telah mengharamkan kejohanan Liga Super Indonesia(ISL) melalui surat 21 Disember 2011. Ia diakui oleh Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia(PSSI) dengan menyatakan ISL tidak diakui oleh badan dunia bola sepak itu.

Liga bolasepak di Indonesia terbahagi kepada dua sepertimana di Malaysia, Liga Primer Indonesia dan Liga Super Indonesia.

Liga Primer Indonesia merupakan liga rasmi negara itu dan berada dibawah naungan PSSI yang diakui oleh FIFA dan AFC.

Liga Super Indonesia (ISL) pula tidak berada dibawah naungan PSSI maka liga ini tidak mendapat pengiktirafan dari FIFA dan AFC.

Pemain yang bermain di ISL juga akan dikenakan pembekuan status perpindahan. Ini bermakna pemain tidak boleh bermain di liga atau kejohanan di negara yang merupakan anggota FIFA jika ISL sah diharamkan oleh FIFA.

Nasib Safee Salie Jika ISL SAH Diharamkan Oleh FIFA

Safee sebelum ini berkata, sekiranya kelab Pelita Jaya yang diwakilinya terlibat dengan penggantungan FIFA, beliau akan cuba mencari peluang bermain di negara lain dan dalam masa yang sama mahu bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia.

FAM juga dalam usaha untuk menyelamatkan penyerang berbisa Malaysia itu namun masih dalam proses pengesahan mengenai status pengharaman Liga Super Indonesia sebelum membuat rayuan  kepada FIFA dan tindakan dalam penyelamatkan Safee Salie.

Komen Safee Salie Mengenai Kemelut Pengharaman ISL

Safee Sali ucapkan terima kasih kepada semua penyokong di SS10 Official kerana prihatin dgn kariernya di Indonesia. Kami telahpun berbincang dgn pengurusan PJFC dan sepakat, jalan terakhir jika kemelut dengan PSSI ini menjadi semakin buruk, maka Safee akan di serapkan ke kelab-kelab milik PT Nirwana Pelita di luar negara, samada ke Brisbane atau Vise di Belgium. Tapi ini adalah langkah paling akhir atau jika Pelita Jaya tiada sebarang pertandingan bagi tempuh yang panjang.

Namun, setelah melihat segala perkembangan di Indonesia, harapan untuk melihat Safee terus di Pelita Jaya sangat besar dan positif dan Safee turut berharap dapat menyelesaikan tugasnya selaku kapten Pelita Jaya bagi musim 2011/12. PSSI akan laksanakan Kongres Luarbiasa bagi memperbaiki kemelut ini dan ini sejajar dengan saranan FIFA. FIFA belum lagi haramkan PSSI dan ini yang seharusnya di khuatirkan…pengharaman PSSI oleh FIFA. JIka PSSI haram, maka tak kira apa liga pun termasuk Timnas Indonesia diharamkan. -FB SafeeSali_10 Official-

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!