Home » Selangor2u Kolumnis, awadi

Menangani Masalah Remaja Masa Kini

Submitted by awadi2005 on 02/01/2010 – 7:25 PM10 Comments
Menangani Masalah Remaja Masa Kini

Dinihari kita sering digemparkan dengan berita tentang masalah – masalah remaja yang semakin berleluasa. Masalah ini sering dikaitkan dengan pelbagai pihak. Contohnya:

a. ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab – tapi ada yang mengatakan nasihat sudah diberi tapi tak nak ikut….nak buat macam mana lagi

b. pihak berkuasa tidak tegas dalam menangani masalah juvenil – jika ditangkap…ibu bapa merayu supaya anak – anak mereka dilepaskan…macam mana nak berkuatkuasa

c. pihak sekolah yang kurang memberi didikan yang sepatutnya – di sekolah, didikan yang diberikan adalah merangkumi bidang akademik dan melibatkan sedikit sahaja bahagian sahsiah pelajar….jikalau pelajar ponteng sekolah…macam mana perkara ini dipersalahkan terhadap pihak sekolah

Semua perkara di atas tidak perlu digembar – gemburkan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pelbagai pihak, terutamanya ibu bapa. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Pelbagai kaedah boleh diambil agar perkara ini dapat di atasi dengan baik dan terancang. Di bawah adalah beberapa masalah – masalah yang dapat saya senaraikan bersama dengan sedikit penyelesaian yang dikatakan boleh mendatangkan manfaat pada remaja tersebut.

a. remaja yang tidak bersekolah atau menamatkan pengajian kerana rasa itu semua tidak perlu

- sarankan supaya bekerja dan dapat memuaskan hati dengan gaji yang diperoleh. Ini dapat mengajar yang tak nak bersekolah supaya berdikari dan boleh hidup kelak

- bantu ibu bapa yang berniaga supaya dapat mewarisi perniagaan kelak

- jangan beri wang perbelanjaan walau sesen pun. Kalau ugutan berlaku lapor pada polis kerana perkara ini perlu dilakukan jikalau anda mahuanak anda jadi manusia yang berguna (kuasa veto ibu bapa)

- beri sindiran yang membina tentang masa depan seperti pembinaan keluarga….saraan anak – anak dan sebagainya…takkan nak makan rumput jea kot….tak ada yang nak kahwin dengan mereka dan sebagainya (cara terakhir)

b. remaja yang merempit tidak ketahuan siang dan malam

- kunci motosikal tersebut atau jualkan sahaja…biar mereka gunakan pengangkutan awam agar tahu kesusahan dalam menuju destinasi mereka

-pihak berkuasa perlu mengetatkan operasi dalam masalah lumba haram dan sebagainya agar anak – anak mudayang bakal memimpin Malaysia dapat diwujudkan

c. remaja yang ponteng sekolah dan berpeleseran di pusat membeli belah

- masalah ini perlu melibatkan pihak berkuasa…..tangkap pelajar – pelajar ini dan masukkan dalam lokap….hubungi ibu bapa…rekodkan bila dan di mana sebagai bahan bukti….perkara ini perlu diketengahkan mungkin dalam undang – undang bagi memberi kuasa pada pihak yang berkenaan

- ibu bapa perlu memeriksa jadual persekolahan agar jadual aktiviti mereka tidak menyimpang dari apa yang sepatutnya

- duit perbelanjaan tidak perlu melebihi nilai yang sepatutnya agar anak anda tidak tenggelam dalam kekayaan anda yang membawa kepada kemusnahan hidup anak anda sendiri

d. remaja yang malas meneruskan pengajian dan mengatakan tidak minat dan sebagainya

- ibu bapa perlu menasihatkan mereka dan tidak terlalu mendesak mereka sehingga berlaku pemberontakan kerana zaman remaja adalah zaman memberontak…beri pilihan kepada mereka samada ingin meneruskan pengajian dalam bidang yang lebih kepada praktikal atau sebaliknya….perbincangan antara ibu bapa dan anak adalah amat penting

e. remaja yang tidak mahu atau menolak didikan agama sama sekali

- mudah…katakan pada mereka….apa akan terjadi kepada mereka jika anak – anak mereka mengatakan yang ayah atau ibu mereka pun tak tahu apa – apa tentang agama….tahu sekadar yang wajib sudah memadai agar dapat dijadikan bekalan kelak

- ibu bapa perlu mendoakan anak – anak mereka agar disampakan hidayah agar berubah kerana mereka adalah bekalan swaktu anda berada di dalam kubur kelak….kerana selagi mereka hidup dan mendoakankesejahteraan anda maka bertuah lah anda kelak

f. remaja yang suka mencuri atau bergaduh

- ibu bapa perlu lah mengambil tindakan yang drastik dengan melaporkannya kepada pihak berkuasa agar mereka insaf

Perkara – perkara di atas adalah antara masalah yang sering timbul di kalangan remaja masa kini….oleh yang demikian lakukanlah sesuatu agar masalah ini dapat dibendung dengan baik dan drastik sekali.

Related Posts with Thumbnails · Tags: , ,

Alahai...Komen Le Sepatah Dua...

10 Comments »

  • Amin007 says:

    rasanya makanan dari sumber yang halal amat penting.
    ajar anak-anak pilih kawan yang baik-baik aje.
    selalu ajak kawan-kawan anak sendiri datang rumah

    [Reply]

    mazuki Reply:

    ada juga ibubapa yang terlalu tegas…anak nak buat itu xleh nak buat ini tak leh…rasa nya cara tu pon bukan terbaik dalam mendidik anak

    [Reply]

    Amin007 Reply:

    mungkin ibubapa keba belajar balik kursus
    keibubapaan balik,
    kena baca banyak buku huhuhu.

    kat rumah kena buat mini library. hapuskan tv hahaha.
    paksa anak-anak baca buku dan cerita balik apa yang dia orang baca.

    [Reply]

  • Kelvin Tan says:

    hehe, reminds me of my school days.

    Give you my support for this. :)

    [Reply]

  • Fatin Pauzi says:

    Remaja perlu didekati dengan psychology dan keagamaan. Bukan dengan kekerasan.

    [Reply]

    Apih Halim Reply:

    yup betul tu sbb tu ada unit kaunseling
    tapi rotan pun ada disediakan jgk..bukan kekerasan ke mcm tu?

    [Reply]

    Fatin Pauzi Reply:

    Tanya je la die orang sendiri. Yang aku tau, tu pegangan aku.

    [Reply]

    awadi Reply:

    ok2…berkenaan tu…mmg tak dinafikan…ada unit kaunseling..yang rotan tu cuma nak beri pengajaran kepada pelajar…bukan nya kekerasan…sebagai contoh…mase kecik2…mak x bg main kotor mesti kna pukul ataupun kna cubit…adakah itu dipanggil kekerasan? kn itu pengajaran namanya….yang guna rotan tu sbb kaunseling dh x bleh msuk dh dlm pelajar tu…bg pengajaran insyaallah ada hikmah…fikirkanlah

    [Reply]

  • norehan says:

    Zaman skrg, anak remaja tidak tahu apa yang mereka mahu. Sehinggakan cabang pengkhususan pelajaranpun mereka tidak dapat membuat keputusan.
    Sebelum ibu bapa bertindak tegas, mereka telahpun membuat cara diplomasi dahulu tetapi perkara tersebut tidak menjadi. Mereka terpaksa guna asal iaitu denda… most parents telah melalui kursus yang sepatutnya hanya anak remaja sahaja yang asyik khayal ttg hal dunia… memanjang musiz dan lagu saje kat telinga… ibu bapa tidak kisah sehingga jangan abaikan pelajaran. Tetapi apabila telah mula abaikan pelajaran, pendekatan lain pula terpaksa digunakan. Kebanyakan ibu bapa berpelajaran hanya anak remaja sahaja yang belum habis belajar… wahai remaja cuba lah fikirkan apa perasaan ibu bapa yang telah bertungkus lumus untuk membesarkan kamu dan mencurahkan wang ringgit untuk pelajaran, makan pakai dan sebagainya….

    [Reply]

    awadi2005 Reply:

    kebanyakan remaja masa kini hidup snang…takda yang kna bgun pg2 sblum subuh tnggu bas…bgun jea ibu bapa leh hantarkan…ada juga yang kena bgn pg2..yang itu ade usaha skit..yang snang lenang ni…pegi skolah dapat dlam RM50…bnyk tu…wt ape pun tak tau lh…yang ibu bapa pun klau syangkn anak jgan sampai syang tu mkan anak2….kasihanilah anak2 anda kerana merekalah yang akan sentiasa mendoakan anda apabila anda meninggalkan dunia yangfana ini kelak…tanpa mereka…tiadalah amalan baik yang berterusan dapat dibekalkan kepada anda… fikirkanlah…walaupun anda rasa skrang anda snang..bagaimana pula dengan yang akan datang…apabila anda tua kelak…adakah anda akan dijaga seperti apa yang anda lakukan sekarang ataupun anda akan mengakhiri hidup anda di rumah orang2 tua…fikirkanlah wahai ibu bapa yang terlalu menyanjungi anak2 mereka dengan wang ringgit dan kasih sayang yang melampau…fikirkanlah

    [Reply]

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.

Khabar Gembira untuk anda yang mencari-cari peluang pendapatan. Kini muncul satu bisnes hebat yang kian mendapat sambutan!!! TviExpress memberi satu ruang yang boleh anda tempuhi.
Jom Sertai jutawan 50
KOLEKSI ARIEL PETERPEN !!! PANAS!!!
Produk Tenaga Batin Suami Isteri
Produk Dewasa : Dapatkan Yang Original Disini
Tak perlu tunggu hujung bulan untuk shopping & bantu keluarga hidup senang dikampung. Program hebat & sempoi. Anda pasti berjaya. Info percuma, klik disini.

| Site Meter

.