Duit Raya – Ucapan Raya Kreatif 2010 Edisi Ke-3
23/08/2010 – 10:38 PM | 9 Comments

Pertandingan ini telahpun masuk edisi ke – 3, dan tahun ini ada sedikit perubahan pada syarat pertandingan dan juga hadiah.
Imbas kembali pertandingan lalu Edisi 1, Edisi Ke 2
Mudah sahaja nak sertai, buat satu ucapan yang …

Read the full story »
Diskusi

Bincang-bincang,Sembang-sembang,Merungkai Segala Persoalan.Semoga Bermanfaat

Internet & Teknologi

Perkongsian Mengenai Tip Berblog,Buat Duit Di Internet/Blog, SCAM Program dan Juga Isu Teknologi Semasa

Isu Cinta

Kisah-kisah cinta,tips untuk lelaki & wanita,dating tips, tips mengekalkan kasih sayang rumah tangga

Permotoran

Automotive News – news, reviews, motoring tips Includes cars, bikes, trucks

Picture/Wallpaper

Koleksi gambar-gambar menarik,pelik,seram dan pelbagai ragam dikongsi disini

Home » Selangor2u Kolumnis, awadi

PEMINTA SEDEKAH….ADAKAH RELEVAN?

PEMINTA SEDEKAH….ADAKAH RELEVAN?
Submitted by awadi2005 on 24/02/2010 – 12:30 PMOne Comment

Peminta sedekah boleh dikatakan sebagai seseorang yang mempunyai kesempitan kewangan yang teramat sangat sehingga tidak boleh mengerjakan sebarang pekerjaan disebabkan oleh sesuatu yang menghalangnya seperti cacat dan sebagainya. Dalam Islam, bersedekah adalah sesuatu yang patut diamalkan malah dituntut kerana ia akan menbawa kebaikan terhadap seseorang yang bersedekah tersebut. Namun, kewujudan peminta sedekah ini menimbulkan persoalan…ke manakah perginya JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT yang diwar – warkan membantu golongan yang kurang upaya samada cacat mahupun kesempitan hidup.

Kewujudan sesetengah rumah – rumah kebajikan dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik ini adalah hasil titik peluh sesetengah insan yang prihatin dan dermawan yang sudi mencurahkan wang ringgit mahupun keringat dalam membantu mereka. Perkara seperti ini sepatutnya disyukuri kerana terdapat insan sedemikian yang sudi membelanjakan hasil titik peluhnya kepada rumah kebajikan yang telah ditubuhkan. Oleh itu, perkara seperti meminta sedekah ini tidak sepatutnya wujud di dunia yang serba membangun ini.

Sepatutnya, peminta sedekah yang berada di jalanan tidak wujud lagi kerana rumah – rumah kebajikan telah banyak ditubuhkan untuk membantu golongan sedemikian. Ada yang mengatakan mereka ini memerlukan pelbagai dokumen untuk menetap di rumah – rumah tersebut. Jika begitu, apakah tujuan utama rumah kebajikan ditubuhkan? Adakah ingin memungut dokumen atau mengambil golongan yang kurang bernasib baik ini?

Ada pula yang mengatakan bahawa terdapat sindiket yang menjalankan kegiatan haram seperti meminta budak – budak meminta sedekah. Jika sindiket haram, mengapa pihak berkuasa tidak menjalankan dan menggunakan kuasa mereka untuk mengelakkan kegiatan haram ini daripada berleluasa? Jika diamati, kanak – kanak yang meminta sedekah rata – rata bukan kanak – kanak Malaysia tetapi pendatang yang tidak diketahui asal – usul. Ada yang dari Nepal, India dan sebagainya.

Bagaimanakah kiranya terdapat satu gerakan dalam membasmi golongan yang kurang bernasib baik ini dengan menjalankan gerakan mengambil mereka yang meminta sedekah di jalanan mahupun jejantas dan menghantar mereka ini ke pusat – pusat kebajikan yang ada. Dalam masa yang sama, mereka ini haruslah menjalani pemeriksaan kesihatan agar mereka yang menghidap penyakit yang kronik dapat dikenal pasti terutamanya AIDS tidak disebarkan kepada warga yang menetap di rumah kebajikan tersebut.

Seperkara lagi, golongan yang kurang bernasib baik ini janganlah dianggap sama dengan insan yang mencari rezeki dengan bermain alat muzik di jalanan mahupun menjual kraftangan buatan sendiri. Mereka ini boleh diterima untuk berbuat demikian kerana mereka telah berusaha untuk mendapatkan sesuap nasi dengan titik peluh sendiri. Jadi, janganlah berfikiran negatif terhadap mereka yang bermain muzik di jalanan sambil mengharapkan ihsan daripada orang lain.

Kadang kala, jika difikirkan, rumah kebajikan ini dibiayai tetapi tidak ramai yang menghuni. Adakah mereka yang MENGURUSKAN DAN BUKAN PEMILIK rumah ini sengaja tidak mahu mengambil ramai orang kerana ingin mengurangkan kos perbelanjaan ataupun menyeleweng penggunaan wang yang diberikan? Ketahuilah bahawa insan yang memakan harta sedekah tanpa mengikut saluran yang betul akan dikeji oleh ALLAH S.W.T. Jikalau ini yang berlaku maka tidak hairanlah mereka ini teraniaya walaupun rumah kebajikan wujud untuk membantu mereka.

Oleh yang demikian, pemilik rumah kebajikan seharusnya memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini agar insan yang sepatutnya dibantu dapat dibantu dengan cara yang betul.

Secara keseluruhannya, rumah kebajikan yang diasaskan oleh orang perseorangan adalah untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. Jadi, pergunakanlah rumah kebajikan ini untuk membantu mereka agar dirahmati ALLAH kelak. Bagi pemilik pula, janganlah lepas tangan kerana mereka yang anda percayai mungkin tidak menjalankan apa yang anda harapkan. Harapkan kebaikan diakhirat, dapat pula balasan dipertimbangan.

 PEMINTA SEDEKAH....ADAKAH RELEVAN?
Be Our Readers, Subscribe by Email

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 6%

Related posts:

  1. Wanita Mencari Calon Suami, Adakah Anda Berminat? Wanita Cina ini mencari calon untuk dijadikan suami buat kali...
· Tags:

Apa Kata Anda...???

NOTE : Tiada lagi masalah untuk membuat komen. Tak percaya Cuba La...

One Comment »

  • eyan_esya says:

    zman tknologi yg smakin maju ne..memg x relevan la masih ada peminta sedkah kat ngara kite…kalo nk salahkan jbtn kebjikan masyarakat pun xboleh…cz diorg bkan leh sesuka hti je nk amek org twe msuk kat tmpat 2…bru2 ne..sy g ke rmah org twe…sangt menyedihkan bile kbykn drp pghuni kat sane dtgalkan ank2 sendiri..wajar ke seorg ank wat cm 2 kat org twe diorag???mereka ne sepatutnya dipersalahkan…dsebbkan diowg xmo jge mak bapak diowg…org yg lebih layak untuk masuk ke pusat jab keb masyarakat meminta sedekah di jalanan….dri segi penyelewengan wang plak…kite x leh men tduh2 je…sbnrnya..pst2 kbjikan msyrkat lg memerlukan bntuan dari org yg bkmampuan kat luar sane…bygkan jika seorg jenazah yg tiada pewris, pust kbjikan kne slesaikan mereka dgn kos RM600 seorg…mane nk dpt duit yg ckup kalo xde pihak yg ingn membantu…duit yg sedia ada pun ckup2 untuk tmpung khidupan org twe2 kat citu….bygkan lah…
    bg semua yg masih ada mak ayh…tlg la…jage baik2..jgn kecewakan mak ayah dgn mghantr diowg kat rumah org twe….berdosa..

    Reply

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.

Khabar Gembira untuk anda yang mencari-cari peluang pendapatan. Kini muncul satu bisnes hebat yang kian mendapat sambutan!!! TviExpress memberi satu ruang yang boleh anda tempuhi.
Advertise at Simplypromotion!!!
Produk Dewasa : Dapatkan Yang Original Disini

| Site Meter

.