Web
Analytics
Together We Share

Lebih 1000 Banduan Jahit Mulut Sebagai Tanda Bantahan

Lebih 1,000 banduan Kyrgyzstan menjahit mulut mereka sebagai membantah keadaan hidup di penjara.

Tindakan itu adalah lanjutan daripada mogok lapar selama dua minggu, membabitkan 7,500 banduan yang dilancarkan berikutan serbuan oleh pasukan khas polis terhadap sebuah penjara di Bishkek.

Pegawai penjara berkata, unit khas itu dikerah untuk menyuraikan rusuhan oleh banduan yang merosakkan bilik tahanan mereka dan mengelar tangan serta perut ketika operasi mencari yang dijalankan pengawal.

Related Posts

Chandra Bahadur, Lelaki Terpendek Dunia [+Video]

Lelaki Thai Mencuri 10,000 Pakaian Dalam Wanita Selama 30…

 

Banduan yang melancarkan mogok lapar itu menuntut peletakan jawatan Ketua Perkhidmatan Penjara dan pengurus pusat tahanan tempat tunjuk perasaan itu bermula.

Kira-kira 6,400 tahanan terbabit dalam mogok itu dan 1,175 menjahit mulut mereka. Bagaimanapun, 200 daripada mereka kemudian meminta bantuan perubatan untuk menanggalkan jahitan itu. – Hmetro

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!