Lelaki Amal Ritual Kencing Muka Isteri Ditahan Polis
KANGAR: Muka depan Harian Metro semalam melaporkan derita seorang ibu kepada tiga anak yang terpaksa melarikan diri dari rumah selepas sering diliwat suaminya sebelum dikencing pada mukanya setiap kali ‘bersama’.
Wanita berusia 38 tahun itu mendakwa suaminya sering melakukan ritual jijik apabila bukan saja suka meliwatnya, malah akan kencing ke mukanya selepas setiap kali mereka bersama.
Mereka telah berkahwin 20 tahun dan dikurniakan 3 orang anak.
Pada awal perkahwinan mereka melayari bahtera rumah tangga secara normal, namun selepas menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita lima tahun lalu, dia mula meliwat dan kencing ke muka isterinya setiap kali bersama.
Kali terakhir dia melakukan perbuatan itu pada 15 Februari lalu.
Lelaki berusia 43 tahun yang juga penjawat awam di negeri ini ditahan di rumahnya jam 4 pagi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar sebaik menerima maklumat.
Ketika ditahan lelaki berkenaan tidak mengetahui alasan dirinya ditahan sehingga diberitahu oleh anggota polis.
Suspek kini direman sehingga 20 Februari ini dan tempoh remannya akan disambung selepas tarikh berkenaan bagi siasatan.
# Ritual apa la dia amalkan agaknya yea!!!