Web
Analytics
Together We Share

Lelaki Kuat Gayut – Kurang Produktiviti Sperma

Agak mengejutkan mengenai berita ini apabila kosmo menyiarkan satu artikel mengenai “Telefon Bimbit Punca Lelaki Mati Pucuk“. Seperti agak keterlaluan bunyinya sehinggakan mati pucuk. Sejauh mana kebenaran dan rekod lelaki yang mati pucuk berpunca dari penggunaan telefon bimbit?

Menurut kosmo berdasarkan kajian oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP),

  1. Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk
  2. Penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.
  3. Pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya

Jika benar mengenai kajian oleh CAP ini, kepada lelaki yang sebelum tidur,sebelum makan,masa makan yang sentiasa bergayut dengan buah hati masing-masing adalah golongan yang paling tinggi berisiko dengan mati pucuk.

Related Posts

Megaupload.com Pula Disaman dan Ditutup [+Video]

Cara Pengiraan Dividen dan Bonus ASB [+EXCEL]

Bagaimanapun, secara peribadi saya masih belum dapat fikirkan dari segi mana perkaitan telefon bimbit dengan masalah mati pucuk dan kesuburan lelaki.

Mungkin ada benarnya berdasarkan artikel di selangor2u baru-baru ini “ Kesan Menara Pemancar Telekomunikasi

Penghasilan sperma yang berkurangan

Ini kerana tabiat membawa telefon bimbit boleh menyebabkan seseorang lelaki mengalami pengurangan sperma sebanyak 30% berdasarkan kajian dari Hungary. Pangkaji dari University of Szeged mendedahkan bahawa seseorang lelaki yang merupakan pengguna aktif telefon bimbit mempunyai purata 59 juta sperma per mililiter (ml) berbanding 83 juta sperma per ml bagi lelaki yang tidak menggunakan telefon bimbit.

Kemusykilan pula kepada saya sekarang adalah, kajian ini memang benar di buat oleh CAP atau CAP hanya membuat laporan berdasarkan kajian dari luar negara???

 

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!