Web
Analytics
Together We Share

LENOVO Lancar Komputer Tablet Pertama-Tablet IdeaPad K1 (+ Video Review)

LENOVO Technology Sdn Bhd (Lenovo Malaysia), pengedar komputer berjenama Lenovo di negara ini melancarkan komputer tablet pertamanya, Tablet IdeaPad K1 dengan platform perisian Android 3.1 bagi membolehkan pengguna mengakses aplikasi kegemaran mereka di mana saja.

Tablet Internet mudah alih pertama Lenovo itu turut dimuatkan dengan lebih daripada 30 aplikasi terkini bernilai lebih RM200 termasuk permainan maya popular Angry Bird definisi tinggi (HD).

Pengurus Besar Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan berkata, Tablet IdeaPad K1 didatangkan dengan sistem pemproses dwiteras mudah alih NVIDIA Tegra 2 yang menawarkan kelajuan maksimum ketika melayari Internet serta kualiti permainan konsol lebih tinggi selain penjimatan kuasa bateri.

Related Posts

Megaupload.com Pula Disaman dan Ditutup [+Video]

Iphone 4S Di Malaysia – Pelan Celcom Vs Maxis Vs Digi

Video Review Tablet IdeaPad K1

SPEC Untuk Tablet IdeaPad K1(Lenovo)

“Dengan berat hanya 750 gram, pengguna boleh mendapatkan tablet ini di cawangan Lenovo terpilih seluruh negara pada harga RM1,499 bagi tablet dengan kapasiti memori dalaman sebanyak 32GB,” katanya.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!