Web
Analytics
Together We Share

Lokasi dan Jurukamera Imej Latar Belakang Windows XP

Melihat kepada gambar diatas pastinya sudah menjadi kebiasaan kepada pengguna komputer yang menggunakan sistem operasi Windows XP. Gambar ini adalah gambar yang digunapakai oleh Microsoft sebagai gambar latar belakang (default) untuk sistem operasi popular itu.

Mungkin sesetengah penggunakan tidak menyangka yang imej yang ditatap setiap hari itu adalah gambar pemandangan didunia sebenar.

Gambar pemandangan tersebut diambil oleh Chuck O’Rear. Beliau merupakan bekas jurugambar kepada majalah National Geographic.

Foto pemandangan ini diambil secara kebetulan ketika Chuck O’Rear memandu untuk melawat teman wanitanya dan gambar pemandangan ini adalah ladang anggur.

Ladang anggur ini terletak di Sonoma, Napa, North California.

Lebih dari 1 billion yang telah melihat gambar ini dan tidak ramai yang menyedari lokasi sebenar gambar pemandangan tersebut meskipun masyarakat setempat. Jadi tidak hairan kepada penggunakan yang berada di luar Amerika tidak menyedarinya.

Jurutera Microsoft telah memilih gambar beliau untuk dijadikan imej latar belakang untuk Windows XP. Oleh sebab Chuck O’Rear telah menandatangani perjanjian, beliau tidak dibenarkan untuk memberitahu kepada umum jumlah Microsoft telah membayar kepadanya.

Namun, Dailymail melaporkan gambar tersebut merupakan gambar kedua termahal yang pernah dibeli.

Menceritakan idea untuk mengambil gambar pemandangan tersebut, Chuck O’Rear berkata beliau berulang-alik dari Napa dan San Francisco beberapa kali seminggu antara tahun 2002-2003. Namun pada satu hari pada Januari, pemandangan pokok menghijau menarik perhatianya dan memberhentikan kenderaannya lalu mengambil gambar tersebut.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!