Together We Share

Malaysia Tangga Ke 3 Dunia Peratusan Pasangan Curang?

Mstar Online melaporkan jumlah pasangan curang di Malaysia semakin meningkat. Info ini diambil berdasarkan laporan daripada firma penyiasat persendirian, Kay Spy Solutions. Klien mereka memerlukan perkhidmatan mereka untuk membuktikan pasangan melakukan kecurangan sebelum memulakan prosiding perceraian.

Jumlah agak tinggi setiap bulan untuk melakukan siasatan kecurangan pasangan diterima kira-kira 100 panggilan setiap bulan.

Durex pernah membuat kajian mengenai kecurangan pasangan dan hasil yang mereka perolehi adalah 33 peratus lelaki dan 39 peratus wanita di Malaysia mengaku pernah melakukan kecurangan kepada pasangan.

Jay Private Investigations juga mengakui yang penyiasatan mengenai kecurangan suami/pasangan adalah penyumbang terbesar kepada syarikat mereka.

“Kami melakukan siasatan di seluruh negara. Kadang kala, kami turut mengikut suami klien ke Thailand,”

“Secara purata, kami mengendalikan tujuh kes sebulan dengan setiap kes memerlukan sekurang-kurangnya pengintipan selama tiga hari,”

Antara penyebab utama meningkatnya masalah kecurangan pasangan adalah faktor sosial yang semakin melampau di Malaysia.

“Perubahan persekitaran membuka ruang kepada lelaki dan wanita untuk bersosial”

“Dalam kehidupan serba moden pada hari ini, godaan ada di mana saja dan kadang kala anda lemah untuk menghadapinya.

“Kita akan tertarik dengan orang lain terutamanya apabila seseorang yang anda temui itu menepati citarasa anda,”

-Pakar psikologi, Prof Dr Sarinah Low Abdullah, Mstar –

Mungkin seperti diragui untuk menyatakan Malaysia berada ditempat ke 3 dunia peratusan kecurangan pada pasangan kerana tidak dinyatakan sumber yang sahih.

Namun, kenyataan mengenai jumlah kecurangan pasangan di Malaysia semakin meningkat boleh digunapakai.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!