Web
Analytics
Together We Share

Mangkuk Tandas Bernilai Lebih dari RM300 Ribu

Jepun telah membina sebuah mangkuk tandas lengkap yang berharga melebihi RM300 ribu (US $ 100,000). Tandas duduk berkenaan disaluti dengan kristal Swarovski.

Tandas yang  disaluti 72,000 kristal yang dipotong itu hasil pengeluar mangkuk tandas INAX dan juga tukang emas dari Austria.

Buat masa ini tandas ini tidak digunakan dan dipamerkan di pusat beli-belah di Ginza.

Mungkin kita selalu dengar mengenai masyarakat Jepun sememangnya mementingkan penjagaan tandas dan mungkin fakta ini ada benarnya jika kita bandingkan dengan masyarakat di negara kita.

Menurut pengarah bilik pameran dimana tandas termahal dunia ini berada sekarang, masyarakat Jepun sememangnya secara turun temurun mengutamakan penjagaan tandas. Ini kerana menurut kepercayaan mereka, wujudnya dewa didalam tandas dan ini membuatkan mereka sentiasa menjaga kebersihan tandas.

“In Japan, we believe a deity exists in the lavatory. That’s why keeping lavatories clean and taking good care of it have been a Japanese custom since long ago,” -Kazuo Sumimiya-

Buat masa ini INAX tidak bercadang untuk menjual mangkuk tandas ini namun tidak menolak untuk menjualnya jika menerima tawaran harga yang melebihi dari US $ 130 ribu.

Tandas ini dipamerkan sehingga akhir tahun ini.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!