Web
Analytics
Together We Share

Marco Simoncelli Terbunuh Dalam Kemalangan MotoGP Sepang 2011 (Video)

 

Marco Simoncelli, pelumba Gresini Honda telah meninggal dunia hari ini akibat terlibat dalam kemalangan ngeri di litar F1 Sepang ketika dalam perlumbaan Moto GP Malaysia 2011.
Penunggang Gresini Honda tersebut telah hilang kawalan ketika di pusingan kedua dan telah dilanggar oleh pelumba lain, Colin Edwards dan Valentino Rossi.

Topi keledar pelumba berusia 24 tahun itu telah tercabut semasa kemalangan tersebut dan mendiang telah dibawa ke pusat rawatan kecemasan, namun kecederaan beliau terlalu serius dan tidak dapat diselamatkan.

Mengikut sumber MotoGP.com, mendiang menghembuskan nafas terakhirnya pada 4.56 waktu Malaysia.

Penganjur telah memberhentikan perlumbaan apabila Simoncelli didapati tertiarap di tengah-tengah litar tersebut.

Ramai pelumba lain berasa sedih dengan pemergian Simoncelli, dan mengatakan bahawa mereka tidak akan melupakan tarikh hari ini dalam dunia perlumbaat MotoGP.

Sedikit sebanyak mengenai sejarah hidup Simoncelli:

1987: Dilahirkan di Cattolica, Italy pada 20 Januari.

1996: Naib juara di Kejuaraan Motomini di Italy.

1999: Juara di Kejuaraan Motomini di Italy.

2000: Sekali lagi menjadi juara,dan mendapat kejayaan di Kejuaraan Motomini Eropah di tempat ke-2.

2001: Menceburkan diri dalam Kejuaraan 125cc Italy dan memenangi kejuaraan tersebut walaupun masih baru.

2002: Memenangi Kejuaraan 125cc di Eropah.

2003: Dapat menghabiskan satu musim penuh yang pertama bagi beliau untuk Kejuaraan Dunia 125cc bersama dengan pasukan Matteoni Racing Team.

2004: Menyertai pasukan Rauch Bravo, dan memenangi Kejuaraan Grand Prix yang pertama beliau.

2005: Bersama pasukan Nocable.it dan mendapat tempat ke-5 untuk kelas 125cc.

2006: Mula bergiat dalam 250cc bersama pasukan Gilera. Secara keseluruhan mendapat tempat ke-10, dan pencapaian terbaik adalah tempat ke-5 di Grand Prix China.

2008: Jun – Memenangi Kejuaraan 250cc pertama beliau di GP Italy dengan penuh kontroversi.

Oktober – Memenangi Kejuaraan 250cc Dunia selepas musim yang berjaya bersama pasukan Gilera dengan mendapat tempat ke-3 di Grand Prix Malaysia.

2009: Mendapat tempat ke-3 keseluruhan di dalam kategori 250cc di belakang Hiroshi Aoyama dari Jepun dan Barbera dari Sepanyol.

2010: Menyertai pasukan Honda untuk berentap dalam MotoGP. Mampu menghabiskan 16 dari 18 perlumbaan dalam musim tersebut, membolehkan beliau mendapat tempat ke-8 dalam kejuaraan tersebut.

2011:  Mei – Berlanggar dengan Dani Pedrosa ketika merebut tempat ke-2 di GP Perancis. Kemalangan tersebut menyebabkan tulang bahu Pedrosa patah, manakala Simoncelli mendapat penalti iaitu melalui kawasan ‘pit’ dengan kelajuan terhad, namun beliau masih dapat mendapat tempat ke-5 dalam perlumbaan tersebut. Simoncelli turut kesal dengan kejadian tersebut dan beliau berjanji akan memperbaiki mutu tunggangan beliau.

Jun – Mendapat tempat pertama untuk masa terpantas, namun hanya mampu mendapat tempat ke-6 di GP Catalan.

Oktober 23 – Terbunuh dalam kemalangan di MotoGP Malaysia di Sepang.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!