Select Page

Masalah Dengan Celcom Broadband??

Tidak tahu sama ada ramai atau tidak tetapi saya yakin terdapat pengguna celcom mempunyai beberapa masalah berkaitan dengan melayari internet dengan menggunakan celcom broadband ini. Saya juga pengguna celcom broadband dan mempunyai beberapa masalah selama saya menggunakannya. Namun apa kan daya celcom broadband sahaja pilihan yang terbaik untuk saya setakat.

Apakah masalah yang utama dan sering kali pengguna broadband hadapi?

Yang pasti kebanyakkan pengguna celcom broadband tidak dapat untuk download menggunakan rapidshare free/percuma.

Kenapa pengguna celcom broadband tidak dapat untuk download menggunakan rapidshare free/percuma?

Hal ini saya dapat tahu dari rakan, mungkin ada dikalangan anda telah mengetahuinya tetapi saya baru sahaja mengetahuinya dan mungkin berguna untuk yang belum lagi mengetahuinya. Masalah untuk download dengan rapidshare kerana pengguna broadband berkongsi IP address antara kita. Jadi ini lah sebab utama kenapa pengguna celcom broadband tidak dapat untuk download menggunakan rapidshare.

Masalah lain yang saya hadapi ketika melayari internet ini ketika menggunakan celcom broadband ialah saya tidak dapat untuk melayari website nuffnang.com.my. Pada mulanya saya berfikiran website nuffnang ini mengalami masalah namun apabila saya menggunakan PC kawan untuk melayari website ini sememangnya website nuffnang tidak mengalami apa-apa masalah.

Nasib saya lagi malang apabila saya sendiri tidak dapat untuk melayari website selangor2u.com . Selangor2u dot com??? Yea blog saya sendiri. Namun begitu pelawat-pelawat lain masih dapat untuk melayari blog saya walaupon saya sendiri tidak dapat untuk melayari blog sendiri.

Jadi saya amat sukar untuk melakukan update dan projek tutorial “belajar cpanel percuma” saya juga tergendala. Selain itu, untuk membuat post review percuma kepada rakan-rakan yang menyertai Win-win Sucbriber Exchange juga tergendala.

Bagaimana saya dapat melakukan post ini??

Selepas buntu saya memikirkan apa masalah yang dihadapi oleh celcom broadband ini saya mengambil keputusan untuk tidak mahu lagi pikir apa masalah diorang tetapi pikir penyelesaiannya.

Penyelesaian yang terbaik yang saya dapat buat ialah melayari blog saya sendiri dengan menggunakan proxy. Setelah saya menggunakan proxy, website nuffnang juga saya dapat layari.

Jika sebelum ini saya tidak dapat melihat iklan nuffnang keluar di website saya dan juga di website blogger-bloger yang lain rupa-rupanya iklan tersebut keluar tetapi saya(mungkin juga pengguna celcom broadband yang lain) tidak dapat melihatnya.

Jika anda mengalami masalah yang sama dengan saya, saya mensyorkan untuk menggunakan proxy ketika melayari website yang anda tidak dapat. Apabila menggunakan proxy ini anda sendiri paham-paham la kerana layaran anda akan menjadi perlahan kadang-kadang lumba dengan siput babi pon kalah.

Masalah lain yang sudah sekian lama saya hadapi menggunakan Celcom Broadband.

Semenjak lebih 2 bulan yang lalu saya menggunakan celcom broadband ini satu helai bil pon belum lagi sampai ke rumah saya.

Saya tidak tahu sama ada saya perlu bergembira atau pon bersedih kerana apabila saya menghubungi pihak celcom bertanyakan mengenai bil semasa untuk celcom broadband saya, jawapannya ialah

“encik mazuki tidak mempunyai apa-apa akaun berkenaan dengan celcom broadband hanya akaun 3 + 1 je yang ada dalam senarai”.

Ini sudah bagus, bermakna telah hampir 3 bulan saya menggunakan celcom broadband secara percuma. Namun begitu, saya tidak sedap hati kerana takut nanti sampai bil beriban-riban. Tidak mungkin saya begitu bertuah menggunakan secara percuma 😉 .

Jadi hanya tunggu dan lihat. Setiap bulan simpan duit untuk bayaran celcom broadband ni, cuma tak tau nak bayar cam mana.

DAPATKAN UPDATE BLOG SAYA KE EMAIL ANDA

Subscribe to selangor2u.com by Email

133 Comments

  1. pokli

    marilah ramai-ramai kita terminate saje sialcom nie….moga2 linkop je bisness tipu rakyat ni…service mcm celake…sebijik mcm berok…

    Reply
    • moloy_timebandit

      @pokli, ..kiorg ok ja..klo tak minat xpyh pakai…pakai je wireless d umah..

      Reply
  2. saufian

    hg terminated la
    aq ok je pkai celcom

    Reply
  3. KELLY

    DISEBABKAN RUMAH SAYA DI LUAR BANDAR PENGAWAI TM YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MALAS MENJALANKAN TUGAS MENBERIKAN ALASAN APABILA ADA PROJET DI RUMAH SAYA BARU TALIAN TM DISAMBUNGKAN…..

    Reply
  4. modem rosak

    hebak…. yg komplen celcom n yg tabik celcom lebih kurang cam nih jah…. 49 : 51. so kesimpulannya…. kemenangan berpihak kpd majoriti. so… kira cam seimbanglah. maknenya tiada apa2 masalah pun dgn line berokbangang celcom. Jadi…. kira celcom tu terbaiklah. nak wat camner kan…. kan….. lagipun. skit sama skit….. banyak sama banyak…. tp ikut giliran lah. diam2 sudah…. wat cam xde apa2…. [ maxis + celcom + digi = telekom juga ].. Nanti refresh semula la citer Nujum Pak Belalang yek…

    Reply
  5. asdf

    celake punyer celcom…
    coverage = HSDPA/HSUPA,
    tp nk msk laman web mcm hampeh..
    lembap mcm siput babi yg nk mampus…

    Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. P1 Wimax Loyalty Reward | Selangor2u Blog - [...] dengan menggunakan celcom Broadband memang banyak komen negatif terutamanya mengenai kualiti layaran. Bayar RM 100 tapi terasa tidak berbaloi…

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *