Diskusi

Bincang-bincang,Sembang-sembang,Merungkai Segala Persoalan.Semoga Bermanfaat

Internet & Teknologi

Perkongsian Mengenai Tip Berblog,Buat Duit Di Internet/Blog, SCAM Program dan Juga Isu Teknologi Semasa

Isu Cinta

Kisah-kisah cinta,tips untuk lelaki & wanita,dating tips, tips mengekalkan kasih sayang rumah tangga

Permotoran

Automotive News – news, reviews, motoring tips Includes cars, bikes, trucks

Picture/Wallpaper

Koleksi gambar-gambar menarik,pelik,seram dan pelbagai ragam dikongsi disini

Home » wangcyber

|WangCyber.com| Apa itu i-Trader?

|WangCyber.com| Apa itu i-Trader?
Submitted by mazuki on 29/09/2008 – 6:43 PMOne Comment

Saya baru install plugin iTrader di forum WangCyber untuk kemudahan semua ahli berurusniaga di sini. Bagi sesiapa yang sudah biasa menggunakan iTrader di eBay atau di forum-forum seperti Digital Point sudah tentulah tidak ada masalah menggunakannya. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak biasa dengannya, disini saya akan menerangkan serba sedikit  tentang apa itu iTrader dan bagaimanakah cara menggunakannya.

Secara dasarnya, iTrader digunakan untuk kita memberi maklum balas terhadap mana-mana ahli terhadap urusniaga yang kita lakukan dengan beliau melalui forum ini. Buat masa ini, fungsi iTrader hanya boleh digunakan di dua forum iaitu Pengiklanan & Pemasaran dan Perkhidmatan Bebas. Pada masa hadapan, mungkin kami akan mewujudkan satu forum jual beli yang lebih tersusun. 

Semakin tinggi nilai iTrader seseorang ahli, maka semakin besarlah kepercayaan ahli-ahli wangcyber yang lain terhadapnya di dalam berurusniaga. Walaubagaimanapun, anda juga dinasihatkan untuk melihat kesemua maklumbalas yang ditinggalkan terhadap seseorang ahli kerana mungkin daripada 10 maklumbalas positif, terdapat 1 yang negatif dan anda harus menyelidik tentang perkara tersebut sebelum berurusan dengan beliau.

Untuk memberikan maklum balas terhadap seseorang ahli, apa yang anda perlu lakukan, hanyalah klik pada jumlah iTrader rating tersebut yang boleh dilihat pada post yang beliau buat di dalam forum Pengiklanan & Pemasaran dan Perkhidmatan Bebas dan juga pada userprofile beliau. 
 |WangCyber.com| Apa itu i Trader?158313 d8c |WangCyber.com| Apa itu i Trader?

Selepas itu, anda akan dibawa ke iTrader page seperti ini 
158324 9d0 |WangCyber.com| Apa itu i Trader?

Jika terdapat maklumbalas sebelum ini, ia akan ditunjukkan di sini. Untuk meninggalkan maklum balas terhadap ahli ini, anda hanya perlu klik pada “Submit Feedback For (nama ahli)” dan di muka surat berikutnya anda perlu mengisikan maklumat lengkap tentang urusniaga tersebut seperti adakah anda penjual atau pembeli, pengalaman di dalam urusniaga tersebut sama ada negatif atau positif, komen pendek terhadap urusniaga tersebut seperti “ahli yang boleh dipercayai utk berurusniaga, bayaran tepat pada masanya” dan juga url untuk thread di mana urusniaga tersebut berlaku.

Harus diingat yang pihak admin boleh melihat semua maklum balas yang anda tinggalkan dan jika kami mendapati yang anda meninggalkan maklum balas tetapi sebenarnya anda tidak terlibat langsung di dalam urusniaga tersebut, anda akan diban selamanya dari forum ini. Selain itu, kami juga akan mengawasi setiap maklum balas negatif yang ditinggalkan bertujuan mengelakkan ahli dianiaya.

Tetapi, pihak admin tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku penipuan di dalam sesuatu urusniaga. Kami hanya menyediakan tempat dan kemudahan untuk anda melakukan urusniaga dan bukannya menjadi tempat mengadu atau menyelesaikan masalah sekiranya anda ditipu. Jadi, berurusniagalah dengan berhati-hati dan semak dahulu latar belakang seseorang itu sebelum berurusniaga dengan beliau.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan disini dan pihak admin akan cuba menjawabnya sebaik mungkin.

Sumber : http://www.wangcyber.com/forum/berita-pengumuman/2640-itrader.html by Alang

 |WangCyber.com| Apa itu i Trader?
Be Our Readers, Subscribe by Email

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 2%

Related posts:

  1. |Aku dan Blog| Budakbarubelajar dan Wangcyber Nyerrrr Siapakah budakbarubelajar? Akulah siapa lagi. Disebabkan copernicus bertanya rahsia disebalik nama budakbarubelajar(bbb)...

Artikel Ini Ditulis Oleh mazuki

MOOD pulang ke kg RAYA!!!ADD Saya Di Facebook
· Tags:

Apa Kata Anda...???

NOTE : Tiada lagi masalah untuk membuat komen. Tak percaya Cuba La...

One Comment »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.

Khabar Gembira untuk anda yang mencari-cari peluang pendapatan. Kini muncul satu bisnes hebat yang kian mendapat sambutan!!! TviExpress memberi satu ruang yang boleh anda tempuhi.
Advertise at Simplypromotion!!!
Produk Dewasa : Dapatkan Yang Original Disini

| Site Meter

.