Web
Analytics
Together We Share

Mentos + Coke Sebagai Kuasa Penggerak Kereta [Eksperimen]

Setahun yang lalu kami ada membuat satu artikel mengenai bahaya campuran Coke dan Mentos. Namun, mungkin ada yang meragui mengenai kesan yang terhasil apabila mentos dicampurkan kedalam air coke.

Anda sebenarnya tidak keseorang, penulis juga meragui mengenainya.

Bagaimanapun awal bulan Disember yang lalu menerusi laporan yang dipetik dari Daily Mail, Fritz Grobe dan Stephen Voltz telah mencipta sebuah kereta kecil untuk dijadikan bahan eksperimen mereka. Mereka menggunakan campuran mentos dan coke sebagai kuasa utama untuk menggerakkan kereta tersebut.

Hasilnya kereta berkenaan mampu bergerak sejauh hampir 73 meter.

Anda boleh melihat sendiri hasil eksperimen mereka dalam video diatas.

Apa sebenarnya yang berlaku apabila mentos ini dicampur dengan coke?

Secara ringkasnya apa yang diterangkan oleh mereka, apabila mentos dimasukan ke dalam air coke berlakunya proses dinamakan penukleasan. Gas karbon dioksida di dalam air coke berntindak balas dengan mentos yang menyebabkan berlakunya tekanan dan menghasilkan ‘letupan’.

P/s : Coke dan Coca Cola di Malaysia mungkin dihasilkan menggunakan bahan-bahan campuran yang berlainan.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!