Web
Analytics
Together We Share

Motorsikal Guna Najis Manusia Sebagai Bahan Bakar [+Video]

JEPUN: Jepun sememangnya terkenal dengan inovasi dalam dunia teknologi. Kali ini sebuah motorsikal yang menggunakan najis manusia sebagai bahan bakar telah dibina.

Motorsikal ini diberi nama Motosikal Tandas Neo, dibina oleh firma tandas, Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun.

Dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis, kenderaan beroda tiga itu mampu untuk bergerak selaju 80 kilometer (km) sejam.

 

 

Motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya.

Buat masa ini ia masih dalam proses dipandu uji dalam sesi jelajah Jepun sejauh 960km dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini.

p/s : Kalau dapat motorsikal ni, tak perlu lagi risau untuk mencari tandas.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!