Web
Analytics
Together We Share

PDRM Menerima Prototaip Peronda MPV Camry Interceptor 2.4

Bukit Aman  – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Syarikat SGT Power Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) telah menyempurnakan satu kunjungan hormat, taklimat dan penyerahan kereta Prototaip Peronda MPV jenis Camry Interceptor 2.4 kepada Unit MPV PDRM.

Berlangsung di bangunan Menara 1 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sesi penyerahan unit peronda MPV ini diketuai oleh Capt. Adam Abdullah, Pengarah Teknikal SGT Power Sdn. Bhd. manakala PDRM telah diwakili oleh YDH DIG Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Dilengkapi dengan peralatan-peralatan canggih dan berteknologi tinggi yang akan membantu memudahkan penugasan di lapangan, kewujudan jentera ini dijangka akan menjadi pelopor kepada pembaharuan kaedah dan teknologi PDRM dalam memerangi jenayah di negara ini.

Related Posts

Turut hadir sama pada hari ini, YDH CP Dato’ Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato’ Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timb.

Pengarah KDN/KA (Kepolisan / Pencegahan Jenayah), YDH DCP Dato’ Acryl Sani bin Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, YDH DCP Dato’ Haji Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM. –rmp.gov.my

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!