Select Page

Pemain Bola Sepak dengan Bayaran Gaji Termahal 2011

Bekas penyerang Barcelona dan Inter Millan, Samuel Eto’o kini merupakan pemain yang menerima bayaran gaji paling tinggi di dunia. Pada usia 30 tahun, Eto’o telah pun mengecapi banyak kejuaraan ketika bermain untuk Barcelona dan juga Inter Milan.

Jadi tidak hairanlah Eto’o sanggup untuk berpindah ke liga Russia apabila kelab tidak dikenali Anzhi Makhachkala menawarkan gaji £345,000 (RM1.7 juta) seminggu untuk mendapatkan khidmat penyerang Cameron ini.

Menerima gaji lebih dari RM 1 juta seminggu mungkin sesuatu yang tidak masuk akal untuk kita di Malaysia, mungkin begitu juga untuk yang berada di Afrika.

Yuran perpindahan Eto’o dari Inter Milan pula berjumlah £24.7m (RM120 juta).

Selain Eto’o, kelab Rusia itu juga telahpun mendapatkan khidmat pemain bintang yang lain seperti Roberto Carlos dan Yuri Zhirkov dalam misi mereka untuk melayakan diri ke Liga Juara-jura Eropah pada musim depan.

Dengan menandatangani kontrak selama 3 tahun dengan bayaran £345,000/minggu dengan kelab Rusia itu, Eto’o nampaknya telah bersedia untuk bersara daripada memikirkan untuk mengecapi piala berprestij.

1 Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *