Web
Analytics
Together We Share

Pengguna Talian Pra-Bayar Perlu Bayar Lebih 15 Sept Ini?

Sejumlah 13 juta pengguna talian telefon mudah alih pra-bayar (prepaid) perlu bayar lebih untuk perkhidmatan tersebut bermula 15 September 2011. Ini kerana para pembekal talian telefon mudah alih akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 6% yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia.

Pembekal talian telefon telah mengeluarkan kenyataan bersama, iaitu para pengguna talian mudah alih pra-bayar akan dimaklumkan bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan yang akan dikenakan ini bermula 15 September.

Contohnya, jika pengguna menambah nilai RM10, nilai yang ada hanyalah RM9.40 selepas dikenakan cukai 6% bersamaan 60sen. Ataupun, untuk mendapatkan nilai isian yang bernilai RM10, anda perlu membayar RM10.60.

Sebelum ini, cukai perkhidmatan yang dikenakan kerajaan adalah 5% tetapi syarikat pembekal tidak mengenakan caj tersebut. Apabila dinaikkan 1% menjadikannya 6%, syarikat pembekal talian telefon mengenakan terus sejumlah 6% kepada para pengguna bermula pertengahan bulan ini. Adakah ini wajar bagi pengguna-pengguna talian telefon mudah alih pra-bayar? Peningkatan cukai hanya 1% tetapi dikenakan 6%? Fikirkan.

Sebelum ini juga, syarikat pembekal telah berjaya mengurangkan kos pencetakan/kualiti/saiz kad isian semula yang menelan belanja lebih tinggi berbanding sekarang. Ini kerana saiz serta kualiti telah diturunkan dan perkhidmatan online turut diperkenalkan bagi mengurangkan kos dan menambah keuntungan syarikat tersebut.

Tambahan itu, kebanyakan pengusaha kedai telefon bimbit telah menggunakan sistem isian semula secara terus menggunakan telefon bimbit, (DiGi – Flexi E-Load) dimana sebarang nilai boleh dimasukkan bermula dengan serendah RM2. Ini telah banyak mengurangkan kos syarikat pembekal talian telefon mudah alih di Malaysia.

Jika semua alasan di atas tidak cukup untuk menghalang pembekal talian telefon untuk tidak mengenakan cukai kepada pengguna, adalah wajar jika semua syarikat tidak memberi sebarang bonus isian semula seperti yang dilakukan oleh syarikat DiGi, Maxis, Celcom, U Mobile dan lain-lain.

Meskipun pengguna talian tetap (postpaid) dikenakan cukai sebanyak 6% dalam bil telefon mereka, namun bagi pengguna pra-bayar (prepaid) di Malaysia, mereka membayar lebih kerana caj panggilan dan data adalah lebih tinggi.

Namun, kadar caj panggilan talian mudah alih di Malaysia adalah bukan yang termurah di dunia, serta syarikat pembekal talian ini masih lagi mengaut keuntungan berjuta ringgit dari pengguna talian pra-bayar.

*mungkin simpanan duit syiling yang banyak, dan berbaris menunggu giliran untuk membuat panggilan di public phone akan kembali menjadi suasana yang biasa di negara kita.

sumber : New Straits Times dan Malay Mail

UPDATE : Sudah keluar senarai harga yang baru. Nak beli topup pun kena tambah syiling pulak lepas ni!

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!