Together We Share

Penyanyi Hip Hop Ditahan Reman dan Wan Shade Buat Laporan Polis

Suspek yang memperkosa anak tiri berusia 14 tahun sejak 7 tahun lalu kini ditahan reman sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan mengenai dakwaan merogol anak tirinya.

Remaja terbabit kini masih menerima rawatan di Hospital Selayang. Penyanyi hip hop popular yang masih belum diketahui indentitinya akan disiasat mengikut Seksyen 367 (B) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Harian Metro semalam turut mendedahkan yang penyanyi tersebut pernah membintangi filem dan kini ditahan reman di Balai Polis Gombak.

Related Posts

Penyanyi Hip Hop Malaysia Perkosa Anak Tiri

Datuk Abdul Malek Noor Bakal Tamatkan Zaman Bujang, Kahwin…

Wan Shade Jadi Suspek Perogol

Dalam keghairahan untuk mengetahui indentiti artis yang merogol anak tiri yang hangat diperkatakan sebuah blog hiburan di Malaysia telah secara terbuka membuat spekulasi yang Wan kumpulan Shade sebagai suspek.

Walaupun tidak menuduh secara jelas dan hanya memetik Wan sebagai suspek, ia tetap menimbulkan malu kepada Wan.

Sehubung dengan itu Wan Shade telah mengambil langkat untuk membuat laporan polis di Balai Polis Ukay Perdana. Beliau juga tidak menolak untuk membuat saman malu keatas blogger berkenaan atas tuduhan menyebarkan fitnah.

Menurut Wan lagi, disebabkan artikel blog berkenaan ramai pihak telah menuding jari dan memarahinya hingga menjatuhkan maruahnya sebagai seorang artis dan juga Naib Yang Di-pertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak.

Selepas berita Wan membuat laporan polis, blog-blog yang turut membuat spekulasi mengenai Wan Shade sebagai suspek perogol telah memadamkan artikel masing-masing.

**Sedikit sebanyak kembali mempopularkan nama Wan Shade dan ramai juga yang tidak mengenali beliau.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!