Web
Analytics
Together We Share

Perodua Myvi Baru 1.5cc – Myvi EXTREME

Salah seorang pembaca dari blog automotif terkenal PaulTan.org telah menyumbang gambar-gambar terbaru untuk Perodua Myvi baru dengan enjin yang kapasitinya 1500cc.

Walaupun sebelum ini telah diwarwarkan MyVi SE kuning bakal dilancarkan, (dengan gambar spyshot yang sungguh disamarkan) namun kali ini kita disajikan dengan gambar yang tiada samaran iaitu sebuah kereta yang dapat dilihat sepenuhnya!

Cogankata MyVi terbaru sekarang ialah ‘Lagi Best’, namun bagi MyVi 1500cc ini taglinenya pula ialah ‘Lagi Power, Lagi Best’ bersesuaian dengan kapasiti enjinnya yang terbaru yang membekalkan lebih kuasa jika dibandingkan dengan saiznya yang kecil dan ringan.

Dari gambar-gambar yang disumbangkan, dapat dilihat bahawa MyVi kali ini mungkin dikenali sebagai Perodua Myvi EXTREME 1.5 berdasarkan lambang di bahagian belakang MyVi tersebut.  Spoiler di bahagian belakang MyVi ini agak sporty dan sesuai untuk golongan muda yang ingin kelihatan ranggi dan bergaya.

Kita dapat lihat bahawa keseluruhan gambar MyVi EXTREME 1.5 ini diambil di kawasan pelabuhan,  mungkin untuk penghantaran bagi kawasan Malaysia Timur (Sabah/Sarawak) ataupun ke Langkawi. Ini adalah untuk membolehkan kawasan-kawasan yang dinyatakan mempunyai model MyVi EXTREME 1.5 ketika pelancaran rasmi nanti.

Di bahagian bumper belakang turut direka mengikut model MyVi sekarang iaitu mempunyai lubang di bahagian bawah reflector (seperti gambar) dimana bertujuan untuk mengurangkan daya geseran angin (wind drag) lantas menambah nilai aerodinamik kereta tersebut.

Namun begitu, MyVi EXTREME 1.5 kali ini tidak terhad kepada warna kuning sahaja, kita dapat lihat dalam gambar bahawa Perodua turut menawarkan warna hitam. Kedua-dua model tersebut mempunyai grille depan yang berwarna kelabu, serta lips di bahagian bumper depan juga kelabu, membuatkan bersesuaian dengan warna rim. Ini merupakan satu kemajuan bagi Perodua untuk menghasilkan sebuah model yang lebih sporty dan ranggi.

Bagi bahagian dalam pula, kita dapat lihat bahawa hampir keseluruhan bahagian dalam MyVi EXTREME 1.5 adalah menyerupai MyVi ELEGANCE. Bahagian head unit (radio/pemain CD/MP3) adalah sama seperti ELEGANCE yang menggunakan sistem skrin sesentuh. Kusyen tempat duduk adalah dari kulit serta stereng juga dibalut dengan kulit.

Tambahan terbaru bagi model ini ialah sistem kawalan audio berada di bahagian kiri stereng tersebut. Segala panel instrumen berwarna hitam, dengan bahagian bingkai meter berwarna silver, serta bahagian pintu turut dimuatkan dengan kemasan carbon-fibre. Tombol gear automatik adalah sama seperti ELEGANCE iaitu di bahagian atas (dashboard).

Sebagai kesimpulan, berita yang disampaikan ini boleh menafsirkan bahawa pelancaran rasmi Perodua Myvi EXTREME 1.5 ini adalah dalam masa yang terdekat. Bersama-sama kita nantikan, dan krew s2u.my mengemaskini berita yang terbaru untuk para pembaca. Sekian.


PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!