Select Page

Pihak Honda Thailand Musnahkan Kereta Tenggelam Banjir [+Video]

Pihak Honda di Thailand tidak akan menjual kereta mereka yang telah ditenggalami air ketika banjir besar melanda Thailand baru-baru ini. Dalam menjaga kualiti dan untuk meyakinkan mengenai itu, pihak Honda akan memusnahkan kesemua 1,055 kenderaan yang terlibat.

Proses memusnahkan kenderaan terbabit dilakukan di kilang Honda di wilayah tengah Ayuttaya dijangka mengambil masa sebulan untuk memusnahkan secara keseluruhanya.

Kebanyakan kereta terbabit yang ditenggalmi air adalah kereta City kategori ‘sedan’ dan Brio serta Jazz ‘hatchback’.

Laporan dari Thailand menyatakan, sebanyak 353 Honda City dimusnahkan, 217 jenis Brio, 213 Jazz, 150 Civic, 91 Accord, 30 CRV dan sebuah Freed.

Buat masa ini kilang terbabit belum lagi memulakan operasi selepas Thailand reda dari banjir besar.

Jika anda saksikan video diatas, pihak Honda musnahkan secara keseluruhannya termasuk bahagian enjin dan sport rim.

1 Comment

  1. fazilinda

    sygnya,..sparepart bagi aku pun xpa,..:(

    Reply

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *