Web
Analytics
Together We Share

Proton- Mistubishi : Proton Bakal Keluarkan Model Sedan Mistubishi

Kerjasama Proton- Mistubishi sebelum ini mengeluarkan kereta Proton Inspira nampaknya tidak terhenti disitu. Menerusi laporan BERNAMA semalam, Proton bakal menghasilkan model Sedan Mistubishi pada akhir tahun ini.

Model Sedan Mistubishi

BERNAMA: Proton Holdings Bhd menjangka dapat menandatangani perjanjian usaha sama dengan Mitsubishi Motors Corp untuk membuat model-model sedan Mitsubishi di kilangnya di Tanjung Malim menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir berkata, di bawah perjanjian itu, Mitsubishi akan mengeluarkan 60,000 unit sedan setahun yang bersamaan dengan 90 peratus kapasiti pengeluaran kilang itu.

“Sekarang ini kilang itu beroperasi pada kapasiti 56 hingga 58 peratus,” katanya pada satu taklimat media selepas pengumuman keputusan suku kedua 2011 syarikat itu di sini, Selasa.

Syed Zainal Abidin berkata, di bawah memorandum persefahaman yang ditandatanganinya dengan firma kereta China, Hawtai Motor Group Ltd, Proton akan bertapak dengan lebih luas dalam pasaran China, di mana ia akan menjual empat model Proton di bawah lencana Hawtai.

Sementara itu, Proton mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah sebanyak RM47.524 juta bagi enam bulan berakhir 30 Sept, 2011 berbanding RM185.914 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun lepas.

Mengenai prospek bagi tempoh enam bulan kedua, Syed Zainal Abidin berkata meskipun Persatuan Automotif Malaysia meramalkan arah aliran menyusut, namun Proton akan mengatasinya dengan pelancaran model Saga berwajah baharunya, Saga FLX Edisi Khas 1.6L (CVT), pada Disember.

“2012 akan menjadi tahun yang menarik bagi kami dengan pengenalan empat model Exora Bold dan Exora Prime, Inspira R3 dan kereta sedan yang diberikan nama kod ‘P3-21A’ dan dijangka dilancarkan awal tahun depan,” katanya.

Kerjasama Proton-Mistubishi - Inspira
Kerjasama Proton-Mistubishi - Inspira

Beliau berkata ‘P3-21A’ akan menjadi kereta global generasi baharu pertama yang dibina mengikut undang-undang dan peraturan global terbaru, yang merangkumi pelbagai parameter seperti standard pelepasan asap dan keselamatan.

“Sejajar dengan aspirasi untuk menjadi pembuat kereta global, kumpulan kereta elektrik Saga dan kenderaan elektrik lanjutan Exora yang kini digunakan oleh kerajaan juga dijangka dikeluarkan untuk tujuan komersial menjelang 2013,”.

 

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!