Web
Analytics
Together We Share

Proton Saga FLX SE 1.6L (CVT)

Proton Saga FLX SE 1.6L bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Terdahulu dijadualkan bakal dilancarkan pada 25/11/2011 namun telah ditangguhkan ke tarikh yang belum dipastikan.

Pada Julai lalu, Proton telah melancarkan Proton Saga FLX 1.3L (CVT) dan juga Proton Saga FL 1.6L. Untuk kali ini, Proton menggabungkan kedua-duanya sekali untuk menghasilkan Proton Saga FLX SE 1.6L (CVT).

Apa yang dimaksudkan dengan Continuously Variable Transmission?

Secara umumnya, Proton Saga FLX 1.6L (CVT) ini akan memberi lebihan kuasa tujahan dengan enjin 1.6L dan memberi penjimatan minyak kerana menggunakan transmisi CVT sepertimana yang diterangkan dalam video diatas.

Seperti juga sebelumnya, Proton sentiasa berbangga dengan kehebatan Lotus Ride dan Handling mereka. “Nikmati Kehebatan Lotus Ride and Handling”. Untuk masalah tingkap kuasa “Power Window” yang telah menjadi asam garam pengguna proton sejak azali, Proton memberi jaminan seumur hidup untuk masalah ini. Maklumat ini saya dapat dari facebook jadi untuk kepastian anda boleh bertanya lebih kepada ajen jualan Proton.

Harga Proton Saga FLX

Harga Proton Saga FLX berdasarkan model-model sebelum ini dirujuk dari laman web rasmi proton seperti dibawah:

Proton Saga FLX 1.3L Standard (Manual)

RM 38,598.00 / Metallic
RM 38,148.00 / Solid

Proton Saga FLX 1.3L CVT (Automatik)

RM 41,598.00 / Metallic
RM 41,148.00 / Solid

Proton Saga FLX 1.3L Executive (Manual)

RM 42,398.00 / Metallic
RM 41,948.00 / Solid

Proton Saga FLX 1.3L Executive CVT (Automatik)

RM 44,998.00 / Metallic
RM 44,548.00 / Solid

Proton Saga FLX 1.6L Executive (Automatik)

RM 46,549.00 / Solid

Proton Saga FLX 1.6L SE CVT (Automatik)

Untuk masa ini belum ada harga rasmi yang dikeluarkan oleh pihak proton sehingga pelancaran akan dibuat. Penangguhan tarikh pelancaran proton saga FLX 1.6L yang sepatutnya pada 25/11/2011 kemungkinan akan diadakan pada awal bulan Disember 2011. 

Anggaran harga Proton Saga FLX 1.6L SE CVT dikatakan masih dibawah harga RM50,000.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!