Web
Analytics
Together We Share

Satria Neo Dan Supercharger ATG

Laporan dari Businessnews mengatakan bahawa Proton akan mendapat unit bekalan supercharger daripada Syarikat ATG daripada Australia yang akan digunakan pada Satria Neo yang sebelum ini modelnya dengan supercharger ditunjukkan pada perlumbaan formula 1 baru-baru ini.

Kontrak yang dibuat adalah bernilai AUD600,000 dan penghantaran unit supercharger sebanyak 50unit setiap minggu bermula pada 10 Oktober ini. Jangkaan harganya lebih kurang RM3,800 per unit.

Oleh itu, percubaan pasaran akan dilakukan dengan mengeluarkan 500 unit sahaja bermula Oktober ini. Proton Satria Neo R3 Supercharged dapat menghasilkan kuasa  180hp dan 200Nm tork. Tetapi harganya masih dalam persoalan.

Apabila unit supercharger ini digunakan, banyak jugak komponen yang perlu diubahsuai supaya ia dapat menahan kuasa tinggi yang dijana oleh supercharger. Salah satu contohnya ialah piston.

Piston untuk kegunaan kereta NA (Naturally Inspirated) adalah berbeza dengan piston kereta supercharger. Enjin yang udaranya didesak oleh supercharger bertekanan lebih tinggi ataupun high compression. Penggunaan piston biasa dapat mengurangkan reabiliti enjin kereta seperti piston cair dan sebagainya.

Dikatakan supercharger lebih bagus daripada turbocharger kerana supercharger dapat beroperasi selari dengan enjin RPM. Ini dapat mengurangkan ‘lagging’.

Jika turbocharger, ia mula beroperasi pada RPM tertentu tetapi dari segi kuasa turbocharger lebih bagus kerana turbin bergerak adalah daripada gas ekzos daripada manifold ekzos manakala supercharger daripada kuasa enjin melalui ‘belting’.

Fenomena pada supercharger ini adalah seperti apabila kita buka aircond. Kuasa yang dihasilkan oleh turbin akan ditolak sedikit dengan kuasa yang supercharger ambil untuk menggerakkan turbin daripada enjin.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!