Web
Analytics
Together We Share

SONY Bakal Keluarkan 2 Komputer Tablet -S1 dan S2

Naib Presiden SONY telah mengumumkan yang syarikat mereka bakal melancarkan komputer tablet s1 dan s2 untuk menyaingi dominasi Apple dengan produk ipad mereka. S1 dan S2 bakal berada dipasaran pada hujung bulan 9 tahun ini.

S1 bersaiz 9.4 inci (23.8 cm) manakala S2 bersaiz 5.5 inci (14 cm). Bagaimanapun 2 komputer tablet ini S1 dan S2 tidak akan dilancarkan pada masa yang sama. Kedua-dua tablet ini mempunyai sambungan WiFi dan 3G mobile internet, serta 4G.

Dominasi komputer tablet buat masa ini didominasi oleh iPad dan Apple mengukuhkan lagi penguasaan mereka apabila melancarkan iPad 2. Sony bertekad untuk menambah ciri-ciri tersendiri pada komputer tablet mereka untuk menarik minat orang ramai membeli produk mereka.

Related Posts

Megaupload.com Pula Disaman dan Ditutup [+Video]

Iphone 4S Di Malaysia – Pelan Celcom Vs Maxis Vs Digi

Antara ciri-ciri awal yang dinyatakan Sony adalah playstation dan membaca e-buku dari kedai Sony Reader. Pengguna juga boleh menambah muzik dan menonton filem secara streaming dengan menambah aplikasi yang diberi nama Qriocity.

Tahun lepas Sony pernah menyatakan sasaran mereka untuk menjadi yang kedua selepas iPad. Pada ketika ini Galaxy Tab produk keluaran Samsung pada kedudukan kedua selepas iPad.

Penganalis pula berpendapat menjelang 2015, penjual komputer tablet akan meningkat 4 kali ganda mencecah nilai $294 juta.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!