Web
Analytics
Together We Share

Tapak Menara Tertinggi China Mengalami Rekahan [8 Foto]

Menurut kajian, Shanghai telah mengalami pemendapan tanah sebanyak 2 meter sejak lebih seabad lalu. Laporan dari BBC menyatakan yang purata pemendapan tanah berlaku sebanyak 1.5cm setiap tahun di Shanghai.

Hal ini berlaku kerana terlalu banyak bangunan tinggi dibina di Shanghai sejajar dengan kemajuan China.

Rekahan yang berlaku pada tapak Shanghai World Financial Center ini sesuatu yang membimbang kerana pada masa ini China dalam proses membina Shanghai Tower pada lokasi yang sama yang dijangka siap pada 2014.

Shanghai Tower akan menjadi bangunan tertinggi di China dan merupakan kedua tertinggi apabila bangunan ini siap kelak.

Rekahan Tapak  Shanghai World Financial Center

 

Apa yang berlaku di China ini boleh dijadikan iktibar kepada negara kita juga, dimana kajian yang terperinci perlu dilakukan jika ingin membina bangunan bangunan tinggi terutamanya di Kuala Lumpur.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!