Web
Analytics
Together We Share

Telefon Bimbit Paling Tahan Lasak Di Dunia!!!

Telefon bimbit Sonim Technologies baru model XP3300 Force telah menerima anugerah Guinness World Record untuk kategori Telefon Bimbit Paling Tahan Lasak Dunia.

Telefon itu telah berjaya membuktikan ketahanannya walaupun telah dijatuhkan dari ketinggian 25.29 meter (82 kaki 11.67 inci) ke atas konkrit dan tidak mengalami sebarang kerosakan operasi semasa demonstrasi di negara Belanda pada hari Sabtu lalu. Malah gajet itu tidak rosak walaupun direndam di dalam air selama lapan jam. Telefon ini juga tahan suhu panas sehingga 75 darjah Celcius dan takat beku -30 darjah Celcius di bawah paras beku selain kalis gegaran dan tekanan melebihi satu tan.

Percubaan rekod itu yang diadakan di Epe telah dianjurkan oleh pembuat telefon bimbit berkenaan untuk menunjukkan ketahanan telefon berkenaan dan khabarnya peralatan yang digunakan untuk mengesahkan altitud telah pun disahkan sebagai alat tentukur tepat oleh pakar yang sesuai sebelum percubaan itu, di samping kehadiran dua jurutera dari institut Dutch Metrology yang juga hadir untuk mengesahkan ukuran tepat jarak kejatuhan telefon itu.

Syarikat itu menjelaskan telefon bimbit yang direka ini sesuai untuk mereka yang bekerja dalam persekitaraan yang lasak. Jika telefon pintar iPhone keluaran Apple memerlukan penjagaan yang rapi, telefon yang mempunyai ciri-ciri lasak JCB Toughphone amat sesuai bagi mereka yang bekerja di tapak-tapak bangunan atau ladang-ladang.

Walaupun lasak, JCB tidak melupakan fungsi terkini pada telefon keluarannya itu seperti perkhidmatan Bluetooth dan perisian untuk memainkan muzik serta klip video. JCB Toughphone juga boleh disambung pada komputer dan mempunyai radio FM tetapi ia didatangkan tanpa kamera.

Telefon bimbit itu dilindungi kerangka plastik dan getah berwarna kuning cerah dan hitam yang tahan lasak manakala beratnya pula rata-rata 130 gram. Ia lebih tebal berbanding kebanyakan telefon bimbit lain tetapi jauh lebih lasak.

Walau bagaimanapun telefon tersebut hanya berjaya untuk kekal dalam keadaan baik selepas kejatuhan 10 meter dan 25 meter, namun setelah dijatuhkan pada ketinggian 30 meter is sudah tidak berfungsi dengan baik.

Berikutan dengan kejayaan percubaan tersebut, wakil pengadil dari Guinness World Record (GWR), Lucia Sinigagliesi memberikan sijil perakuan GWR kepada Pengarah Urusan Sonim, Benelux Roy Vervenne sebagai tanda kejayaan syarikat itu.

Rekod sebelum ini dipegang oleh telefon lasak JCB, yang hanya mempunyai ketahanan pada ketinggian 3.25 meter.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!