Select Page

Telefon Pintar Android Buatan Malaysia Pertama Serendah RM 500

DMD Mobile Sdn Bhd bakal melancarkan telefon pintar pertama keluaran syarikat dari Malaysia pada April nanti. Telefon pintar M3 Communicator

Antara ciri telefon ini termasuk platform perkhidmatan lengkap bagi pasaran prabayar, komunikasi bersepadu dan sembang, e-mel mudah alih dan sistem rangkaian sosial dilengkapi teknologi NFC.

DMD tidak menyasarkan jualan mereka kepada pengguna yang mampu memiliki telefon pintar seperti Blackbery, Iphone atau seumpanya tetapi lebih menyasarkan kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Target DMD untuk M3 Communicator untuk memberi pengalaman 80%-90% seperti menggunakan Blackbery atau Iphone.

Sasaran penjualan M3 Communicator sebanyak 5000 unit diseluruh negara pada April nanti dan merancang untuk mengeluarkan 2,3 model pada tahun ini dengan harga sekitar RM 500.

Memetik dari Malaysian Insider, M3 Communicator ini turut dilengkap dengan GPS,WI-FI dan bluetooth dan pada Jun-Julai nanti mereka akan menggunakan platfom Android 4.0 (Ice Cream Sandwich).

Dengan harga RM 500, pengguna tidak boleh membayangkan kepuasan memiliki telefon pintar ini adalah sama seperti menggunakan Blackberry atau Iphone.

Sepertimana pada awal kemunculan Proton Saga, pengeluaran M3 Communicator adalah langkah memajukan setapak Malaysia dalam bidang teknologi dan diharap terus berkembang. Pastinya setiap kelemahan pada produk tidak dapat dielakan.

M3 Communicator juga akan menembusi pasaran Sri Lanka pada Mei ini dan seterusnya ke negara lain seperti Indonesia serta Barcelona, Sepanyol menerusi perbincangan dengan syarikat telekomunikasi di negara terbabit.

5 Comments

  1. Mat Ron

    lepas ni admin dan staff berpeluang nak pakai ‘smart phone’ la nampaknya…

    Reply
    • mazuki

      tidak mustahil jika s2u kembalikan zaman kegemilang seperti tahun-tahun sudah…hahaha

      Reply
  2. doel

    pie la mabuk f**k

    Reply
    • mieo

      inilah katak yg tunggu dilenyek org,suka f–k jer..

      Reply
  3. tempeleng

    Lepas ni ada kroni ambik alih syarikat DMD Mobile. Sebulan lepas tu Najib umumkan cukai 100% kat telefon import…

    Reply

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *