Web
Analytics
Together We Share

Telekom UniFi Capai 1 Juta Premis Guna Perkhidmatan

HMETRO 14 Nov – TELEKOM Malaysia Berhad (TM) menyasarkan 1.1 juta premis akan menggunakan UniFi iaitu perkhidmatan capaian data Internet berasaskan talian optik gentian menjelang akhir tahun ini.

Naib Presiden Eksekutif Pengguna TM, Imri Mokhtar berkata, sehingga ini, sejuta premis sudah menggunakan perkhidmatan berkenaan dan yakin sasaran itu dapat dicapai walaupun hanya tinggal sebulan setengah saja lagi untuk ke penghujung tahun.

“Kami bersedia memenuhi komitmen sebegitu terutama dalam perjanjian usahasama awam-swasta (PPP) dengan kerajaan untuk memasang 1.1 juta premis dengan kemudahan itu tahun ini,” katanya selepas melancarkan Program Mata Ganjaran TM Rewards dalam siri jelajah TM Presents Everyone Connect with MyFM 2011, di Seri Kembangan, Selangor.

Hadir sama, Pengurus Besar Pengurusan Perhubungan Pelanggan TM, Muslimah Simo.

Kawasan Liputan Unifi

Kawasan liputan masih belum ke seluruh negara. Kawasan liputan masih tertumpu di kawasan Selangor dan juga Kuala Lumpur.

Boleh layari ke occ.unifi.my untuk memeriksa sama ada tempat anda mendapat liputan atau tidak.

Pakej Unifi

Pakej Telekom Unifi terbahagi kepada 2:

1. HOME PLAN

2. OFFICE PLAN

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!