Tempahan No Pendaftaran Kenderaan ‘WWW’ dibuka pada 30 April
Berikutan dengan nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menghampiri kepada penghujungnya, mereka yang menanti-nanti kehadiran abjad ‘WWW’ sudah terjawab.
Lelongan bagi nombor pendaftaran ‘WWW’ ini pasti akan mendapat sambutan hangat kerana ramai yang ingin memiliki nombor pendaftaran ‘WWW’ ini kerana dikatakan style di kota metropolitan tersebut.
Individu yang berhasrat untuk menempah nombor pendaftaran tersebut boleh berbuat sedemikian di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula dari 30 April 8 pagi sehingga tarikh penutupnya iaitu 14 hari selepas bermulanya penempahan nombor tersebut (14 Mei 2012).
Disebabkan nombor ini merupakan nombor bagi ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur, dijangkakan bahawa siri ‘WWW’ ini bakal menjadi lelongan yang tertinggi dalam sejarah nombor pendaftaran kenderaan.
Setakat ini, nombor yang nilai lelongan tertinggi ialah dari Melaka, iaitu MCA 1, yang dijual pada harga RM 300,100.00 pada tahun 2010 mengalahkan rekod sebelum ini iaitu TAY 1, dari Terengganu dengan jualan pada harga RM 242, 000.00.
Sudah pasti sekiranya ‘WWW’ ini dapat mengalahkan kedua-dua nombor tersebut, berita ini pasti akan menjadi muka hadapan surat khabar nasional dan juga headline bagi selangor2u.