Web
Analytics
Together We Share

Tips Penjagaan Gigi

Gigi merupakan satu aset penting kerana gigi yang cantik akan memberikan keyakinan untuk kita senyum,bercakap dan berhadapan dengan orang. Kebersihan gigi juga menyumbang kepada masalah bau mulut sebab tu penting untuk kita menjaga kebersihan mulut, gigi dan gusi.

Pemakanan

Pemakanan mesti dijaga, kurangkan makanan yang agak manis dan melekit kerana akan menyebabkan ia  melekat di celah-celah gigi.. Bukan dilarang makan, cuma kurangkan pengambilan. Contohnya coklat atau apa-apa sahaja makanan yang melekit yang menyebabkan korang tercungkil-cungkil gigi guna lidah selepas makan. Seeloknya, minum air putih dan berkumur-kumur setiap kali lepas makan. Ini dikatakan penjagaan atau pembersihan gigi sementara.

Berus Gigi


Kerap memberus gigi dapat menjamin kesihatan gigi. Menggosok gigi penting sebab ia menjaga kesihatan gigi dan gusi. Berus gigi setiap kali lepas makan dan ini akan membuatkan anda rasa fresh dan mulut sentiasa bersih setiap kali lepas gosok gigi. Sekurang-kurangnya beruslah gigi 3 kali sehari. Pagi, tengah hari dan sebelum tidur.Dan yang paling penting sebelum tidur sebab, sisa-sisa makanan yang berbaki dapat dibuang. Jadi tak dalah bakteria berkampung lalu terjadinya karies di situ.

Cara yang betul?

  • Gunakan vertical technique. Gosok ke atas dan ke bawah atau lebih tepat membulat  (circular motion). Sekaligus dapat mengurut gusi-gusi sekali. Urutan pada gusi penting sebab boleh stimulate blood flow dan menyihatkan gusi.
  • Cara horizontally tak bagus, kerana boleh menyebabkan:

i) lapisan enamel pada gigi terhakis ( abrasion )
ii) bulu berus gigi (bristles) boleh mesuk ke ruang kecil antara gigi dan gusi.

  • Jangan gosok terlalu kuat. Gosok dengan sederhana supaya tidak melukakan gusi dan menyebabkan lapisan enamel pada gigi terhakis.
  • Pilih bristles ( bulu berus gigi ) yang lembut, nylon dan round-ended supaya tak akan merosakkan gigi dan mencederakan gusi.
  • Gosok juga lidah anda sebab boleh menyahkan bakteria yang ada pada lidah yang  menyebabkan plaque dan calculus serta mulut berbau.

Gunakan Floss dan Interdental Toothbrush

Menggunakan dental floss adalah cara terbaik nak keluarkan sisa makanan yang tersekat di antara gigi.Ia  juga boleh digunakan untuk membuang plaque yang terbentuk begitu juga dengan penggunaan interdental tooth brush.

Dental floss

Interdental Toothbrush

Untuk cara yang lebih details tentang penggunaan floss. Refer website ni Dental Flossing.

Gunakan Pencuci Mulut Berflorida
Sekurang kurangnya kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur  tapi mesti digunakan selepas beberapa minit berus gigi. Bukan sebaik sahaja selepas berus gigi kerana ini boleh menyebabkan reaction antara pencuci mulut dan ubat gigi. Di nasihatkan 30minit sebelum dan selepas menggunakan mouthwash ni, jangan ambil sebrang makanan. Pilih pencuci mulut berflorida  yang tiada kandungan alkohol sebab boleh menyebabkan ulcer untuk yang mempunyai gusi sensitif.

Elakkan Minuman Bergas atau Soda

Minuman bergas atau soda mengandungi asid seperti asid citric dan asid fosforic. Asid-asid ini akan perlahan lahan react dengan gigi dan menghakis permukaan gigi. Banyakkan minum susu, air putih dan jus.

  • susu = boleh menguatkan rahang anda
  • air putih = nuetral dan tiada microorganisma
  • jus =memberikan nutrient yang diperlukan oleh gusi dan gigi

Elakkan Merokok

Antara penyebab utama gigi dan kerosakan tisu mulut ialah merokok. Merokok jugak akan meninggalkan kesan kekuningan kepada gigi (jangka masa yang lama) dan melemahkan gigi. So gigi akan rapuh dan mudah reput.

Kunyah Gula Gula Getah

Ada chewing gums yang tidak mengandungi gula yang sesuai digunakan untuk dikunyah setiap kali selepas makan yang bertindak untuk membersihkan gigi kamu.

Elakkan Pengambilan Alkohol

Alkohol boleh menyebabkan radang pada gusi, lidah dan tisu tisu lembut di sekitar mulut. Pengambilan alkohol yang banyak berkemungkinan untuk mengakibatkan kanser mulut.

Buat pemeriksaan Setiap 6 Bulan @ 2 Tahun

Ini adalah cara yang terbaik sebab membolehkan kita untuk buat scaling (cuci gigi) dan membuang plaque dan calculus yang terdapat pada gigi serta menampal gigi yang berlubang.

Kenapa kena scaling?

Bila scaling ia membolehkan kita membuang segala plaque dan calculus yang terkumpul pada gigi. Calculus ialah benda keras bewarna putih, kuning atau hitam(dah tahap serius) pada gigi. Paling biasa timbul di bahagian belakang gigi depan sebelah bawah dan kalau tak dibuang boleh menyebabkan pelbagai masalah gigi dan gusi.

Calculus

Calculus yang serius

Masalah gigi seperti sakit gigi, gigi berlubang, calculus ini terjadi sebab kita memandang remeh tentang penjagaan gigi. Bila dah sakit gigi, mulalah nak tension. Orang batuk pun rasa nak marah. Untuk elakkan sebarang masalah gigi, mulut dan gusi rajin rajin lah jaga kebersihan dan berus gigi.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!