Web
Analytics
Together We Share

U Mobile Lancar Internet Terpantas di Malaysia 42 Mbps

U MOBILE Sdn Bhd (U Mobile), penyedia perkhidmatan mudah alih dan rumusan data 3G memperkenalkan capaian Internet terpantas dengan kelajuan 42 megabit sesaat (Mbps).

Untuk peringkat permulaan U Mobile bermula di Lembah Klang dari Shah Alam ke Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya, Negeri Sembilan (Port Dickson dan Seremban) serta Johor (Johor Bahru).

U Mobile menyasarkan sekurang-kurangnya tambahan sejuta pelanggan dalam tempoh setahun akan datang.

Menerusi laporan Harian Metro, sebanyak 1300 tapak sudah ditempatkan di wilayah tengah,selatan dan utara untuk memastikan pengguna benar-benar mendapat capaian 42Mbps dari perkhidmatan U mobile.

Sehingga awal September lalu, U Mobile memperoleh sejuta pelanggan untuk semua perkhidmatan yang ditawarkan.

42Mbps, Laju Mana?

Dengan kelajuan 42Mbps, pengguna mampu mengakses internet tiga hingga lima kali pantas berbanding capaian Internet yang ditawarkan dipasaran sedia ada. Untuk mengetahui sejauh mana internet berkelajuan 42Mbps, lihat kelajuan internet yang anda langgan sekarang dan buat perbandingan.

Terdapat 2 pakej pelan ditawarkan, pelan data individu serendah RM48 sebulan bagi pelan 5GB dan RM108 sebulan untuk pelan 20GB.

Kelajuan Internet Mengikut Penyedia Perkhidmatan

1. TM Net Unify – 20Mbps
2. P1 4G – 5Mbps
3. Celcom Broadband – 7.2 Mbps
4. Maxis Broadband – 1Mbps
5. U Mobile – 42 Mbps
Nota: Kelajuan yang dinyatakan adalah kelajuan mengikut pakej berkelajuan tertinggi yang disedikan oleh penyedia perkhidmatan.

Dalam melanggan mana-mana jalur lebar ada dikalangan kita mungkin tidak tahu untuk memilih ‘data storage’ jalur lebar.

Berapa banyak Penggunaan 1G (Data Storage)?

Dengan 1G “Data Storage” anda boleh lakukan:

1. Hantar atau menerima 200ribu emel teks atau
2. Melayari lebih dari 25 ribu laman sesawang atau
3. Muat turun/muat naik 400 lagu yang bersaiz 2.5MB atau
4. Menonton sebanyak 250 video di youtube yang panjangnya 2 minit setiap satu.

PENGUMUMAN-AMARAN-PENTING!!! Selangor2u Blog merupakan arkib artikel yang dimana kami menulis sejak 2008 dahulu. KINI kami kembali menulis root domain kami iaitu selangor2u.com. Teruskan membaca perkongsian terbaru kami di Selangor2u 2018
Kami tunggu anda disana!!!!