Adik Adi Putra Dalam Rancangan AC Sempoi
Selangor2u Forum| Register | Login | Lost Password | Beriklan Percuma
Anda rakyat Malaysia?? Kalau anda rakyat Malaysia rasanya nama Adi Putra kanak-kanak genius Matematik ini bukan asing lagi bagi kita. Ini bukan Adi Putra artis tu ok.
Pertama kali saya mengetahui mengenai kehebatan Adi dalam matematik ini dalam Mastika kalau tak silap dan kini Adi telah pun berusia 10 tahun.
Sekarang namanya makin popular dan beliau juga turut diundang oleh AC Mizal dalam Rancangannya di Astro AC Sempoi.
Boleh layan videonya dibawah ni :
Sajak Adi Putra : Aku Adi Putra
Boleh tengok video atas sekali.
Ramai juga berpendapat Adi patut meneruskan pembelajaranya di luar negara untuk meningkatkan ilmunya. Namun bagi pendapat saya pula Adi patut terus belajar di Malaysia sehingga dia matang kerana kita tidak mahu apa yang terjadi seperti sebelum ini “genius matematik” berulang.
Lain orang lain pendapat, apa pendapat anda??
Anda Ada Cerita Menarik? Email Kepada Kami di selangor2u@yahoogroups.com

ntah ler, xtau nk bg pendapat cmne samaada ptt dihantar ke luar ngara atau tak, sebab lain org, lain sifatnya kan..sbb kalau ‘genius matematik’ yg dulu tu, mybe pmpn tu ada sifat lemah iman kot..tp adi ni, cam lain skit
[Reply]
ni la tuk sajak dia
Akulah Adi Putra,
Melayu tidak pernah lupa,
duduk tahun satu rasanya tersiksa,
tiada siapa peduli,
tetapi aku bisa bedakan,
ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru bermula dengan,
A,B, C ,one,two, three,alif,ba, ta
di mana trillion di manakah billion,
di mana tafsir Al Quran,
di mana doa2 para nabi para wali,
untuk apa aku disini,
aku berfikir rasional aku berfikir international,
pandai aku bijak aku comel aku hanya untuk ditonton diuji dan dipuji
aku malu alangkah ruginya mereka,
untuk apa semua ini,
di mana mata hati mereka,
pujian biar bertempat,
marah biar bersopan,
kurang ajar biarlah berbudi bahasa,
tersirat mereka tak nampak,
tersurat sahaja mereka lihat,
di mana silapnya,
Rasulullah memimpin ummah,
hebatnya baginda,
pimpinlah aku,
doakanlah aku,
aku punya cita-cita,
aku punya idola,
barangkali aku kecil mereka,
hanya ketawa,
Allah maha perkasa,
tahfiz Al Quran itu hebat,
Hafaz Yaasin itu penerang hati,
matematik itu tunjang ilmu,
ayuh bangsaku bangunlah,
kita bertemankan islam,
kita penuhkan ilmu didada,
kita jadikan melayu paling hebat di persada dunia,
bersamaku adi putra,
akulah modal insan,
anak melayu jati,
wawasan 2020,
takkan melayu hilang di dunia,
pantang melayu menderhaka pada sultannya,
pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara,
mengapa bersembunyi diri di balik ibu pertiwi,
sejengkalpun tanahairku dijajah,
biar putih tulang jangan putih mata,
[Reply]
Budak 20 tahun pun tak berfikir macam dia…..:)
[Reply]
bukan sebarangan budak.hebat dari aku.
[Reply]
mazuki Reply:
October 31st, 2009 at 11:07 AM
hebat dari aku jugak….darab guna kalkulator pon kadang2 salah tekan…hahaha
[Reply]
Salam,
Saya setuju gak dengan Mazuki. Biarle adik Adi Putra kita ni belajar kat M’sia dulu. Dekat dgn ibu bapa dia. Bagi didikan agam cukup2. Bila dah besar panjang dan boleh fikir mana baik dan buruk, boleh la sambung kat oversea nun. Sayang kalau jadi macam ‘genius matematik’ kat London tu. Nauzubillah hi minzalik.
p/s: saya pun kagum dengan formula matematik Adi Putra. tak pernah terpikir pun mcm tu.
[Reply]
Apa Kata Anda?!
Random Posts
Be Our Supporter
Visit Our Sponsored
Berita Luar Negara »
Ukiran Harimau Paling Kecil Di Dunia
Pengukir dari Taiwan ini telah berjaya membuat satu ukiran berbentuk harimau dengan ukuran 1mm tinggi dan 1.2mm lebar.
Memang betul-betul kecil kalau tidak bukan boleh letak ukiran harimaunya atas jarum macam dalam gambar bawah ni. Menurut …
Dalam Negara »
Borang Tuntutan Kembali Duit Pelaburan Swisscash
Mungkin ini boleh membantu kepada bekas-bekas pelabur swisscash yang kini khabarnya kerajaan akan membayar balik kerugian yang ditanggung oleh pelabur. Boleh baca artikel sebelum ini disini.
Boleh download borang tuntutan pelaburan disini.
Apa-apa masalah berkaitan boleh layari …
Hiburan »
Gambar Anak Que Haidar dan Linda Jasmin – Tengku Ratu Haidar
Que Haidar dan Linda Jasmine akan membuat satu majlis untuk memperkenalkan Ratu mereka di tempat dimana perkahwinan mereka dilangsung dahulu Bara Ombak,Ampang pada 27 Februari 2010 nanti.
Majlis hanya terhad kepada keluarga,kawan rapat, rakan artis dan …
Sukan »
Keputusan Liga Perdana Inggeris Gameweek 24
Arsenal telah dimalukan oleh Man United 1-3 di tempat sendiri pada perlawanan penting awal pagi tadi. Kedua-dua pasukan perlu menang untuk merapatkan perbezaan mata dengan pendahulu liga Chelsea yang berhempas pulas untuk menang pada minggu …
Tahukah Anda? »
Adab Buang Air Kecil Mengikut Cara Islam
Adab membuang air kecil adalah sebagaimana berikut ;
i. Mendahulukan kaki kiri ketika masuk tandas dan keluar dengan mendahulukan kaki kanan.
ii. Tidak menghadap kiblat.
iii. Bukan di dalam lubang yang dihuni oleh haiwan.
iv. Berada di tempat tertutup.
v. …
Recent Posts
Categories
Archives
Promo
S2u Network
S2u Kolumnis
Top This Month
Advertisment
Tag Cloud
18sx AC agama anak arsenal artis bayi blog bogel Boikot bola sepak bpl bpl09/10 bpl result cinta don't laugh duit Earn Money epl gambar hiburan islam Isu Cinta kahwin kemalangan kereta lawak lelaki liga juara-juara lirik luar negara malaysia man united mati mp3 pelik politik raja lawak scam Sukan Tahukah Anda? Tips Video video klip wanitaRandom Articles
Latest Video Post
Recent Comments
Most Discussed
Most Popular